• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Isu kesihatan bateri iPhone 11 akan ditentukur semula dalam kemaskini iOS 14.5

  • OLEH Najib
  • 2:13 pm
  • 01/04/2021
  • Komen
Miliki iPhone 11 Sekarang Tanpa Perlu Tempahan, Ini Caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa pengguna iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dilaporkan tidak mendapat anggaran tahap kesihatan bateri mereka dengan tepat. Apple akan membaiki masalah ini di dalam kemaskini iOS 14.5 tidak lama lagi.

Menurut Apple, pepijat dalam menentukur tahap kesihatan bateri di beberapa telefon pintar siri iPhone 11, telah memberi anggaran yang salah. Ia antaranya menunjukkan penurunan drastik tahap bateri dan pengurangan prestasi. Ini sebenarnya tidak menunjukkan tahap kesihatan bateri yang sebenar.



Kemaskini iOS 14.5 yang akan datang, akan menentukur semula sistem laporan tahap kesihatan bateri di siri iPhone 11. Ini termasuk kapasiti maksimum dan kemampuan tertinggi prestasi bateri. Bagaimanapun, masa penentukuran semula ini berbeza bergantung kepada penggunaan peranti. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu.

Penentukuran semula kapasiti maksimum dan kemampuan prestasi puncak berlaku semasa kitaran pengisian biasa, dan proses ini mungkin memerlukan beberapa minggu. Peratusan kapasiti maksimum yang ditunjukkan tidak akan berubah semasa penentukuran semula. Kemampuan prestasi puncak mungkin dikemas kini, tetapi ini mungkin tidak dapat dilihat oleh kebanyakan pengguna. Sekiranya mesej bateri terdegradasi sebelumnya ditampilkan, mesej ini akan dibuang setelah dikemas kini ke iOS 14.5.

Dalam beberapa kes, penentukuran semula mungkin tidak berjaya dan notis mengenainya akan dipaparkan. Apple menyatakan, pengguna mungkin mengalami isu terhadap bateri dan prestasi. Untuk ini, pengguna dinasihatkan untuk mengunjungi Penyedia Perkhidmatan Sah Apple (AASP) untuk menggantikan bateri kepada tahap prestasi sepenuhnya secara percuma.



[Sumber: MacRumors, Apple]

Tags: appleapple ios 14iApple Phone 11
Najib

Najib

POPULAR

Miliki iPhone 11 Sekarang Tanpa Perlu Tempahan, Ini Caranya

Isu kesihatan bateri iPhone 11 akan ditentukur semula dalam kemaskini iOS 14.5

1 April 2021
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN