• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P20 boleh dapat percuma dengan tawaran Celcom FIRST

  • OLEH Najib
  • 3:05 pm
  • 09/04/2018
  • Komen
Huawei P20 boleh dapat percuma dengan tawaran Celcom FIRST
Share on FacebookShare on Twitter

Percaya tak anda boleh dapatkan telefon pintar terbaru Huawei P20 secara percuma? Ya ia boleh didapati secara percuma di Celcom sekarang. Tetapi dengan syarat, kena tandatangan kontrak selama 24 bulan bersama pelan Celcom First Platinum Plus.

Pelan Celcom FIRST Platinum Plus memberikan pengguna 100GB data sebulan, bersama panggilan tanpa had. Ia juga kini disertakan 100GB data Video Walla serta data WhatsApp dan WeChat tanpa had. Tetapi ia memerlukan pengguna membayar sebanyak RM188 sebulan.



Selain Platinum Plus, Celcom juga menawarkan subsidi untuk pelan Celcom FIRST yang lain bagi membeli Huawei P20 dan P20 Pro. Ada hadiah pecuma berupa fon telinga Huawei Bluetooth Sport juga, tapi selagi stok masih ada.

Harga jualan Huawei P20 dan P20 Pro bersama kontrak 24 bulan pelan Celcom FIRST (tidak termasuk GST) adalah seperti berikut:



Huawei P20

  • FIRST Gold Plus (RM98/bulan) – RM1,838 (Deposit: RM300)
  • FIRST Gold Supreme (RM128/bulan) – RM1,678 (Deposit: RM500)
  • FIRST Platinum (RM148/bulan) – RM1,538 (Deposit: RM600)
  • FIRST Platinum Plus (RM188/bulan) – RM0 (Deposit: RM1,500)

Huawei P20 Pro

  • FIRST Gold Plus (RM98/bulan) – RM2,408 (Deposit: RM300)
  • FIRST Gold Supreme (RM128/bulan) – RM2,258 (Deposit: RM500)
  • FIRST Platinum (RM148/bulan) – RM2,118 (Deposit: RM600)
  • FIRST Platinum Plus (RM188/bulan) – RM1,728 (Deposit: RM1,000)

Jika anda mahu cara yang lebih mudah untuk memiliki Huawei P20 tanpa membayar deposit yang banyak, Celcom menawarkan program EasyPhone. Program ini membolehkan pengguna membayar harga telefon secara ansuran selama 24 bulan. Malah, program ini terbuka bersama pelan lebih rendah iaitu Celcom FIRST Blue dan FIRST Gold.

Dari jadual di atas, Huawei P20 boleh dimiliki dari serendah RM85 sebulan bersama pelan FIRST Platinum tanpa perlindungan peranti, atau kata lain bagi insuran. Jika mahukan perlindungan peranti, perlukan tambahan sekitar RM15-25 sebulan.

Bagi pendaftaran EasyPhone, ia memerlukan 3 bulan ansuran sebagai deposit pendahuluan untuk pengguna baru dan pengguna Celcom kurang dari 12 bulan. Tetapi bayaran deposit ini boleh diabaikan untuk pengguna Celcom melebihi 12 bulan dengan sejarah pembayaran bil yang baik.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman Celcom EasyPhone.

Tags: celcomCelcom EasyphoneHuaweiHuawei MalaysiaHuawei P20Huawei P20 CelcomHuawei P20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Huawei P20 boleh dapat percuma dengan tawaran Celcom FIRST

Huawei P20 boleh dapat percuma dengan tawaran Celcom FIRST

9 April 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN