• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 9 sudah ada dijual di Malaysia secara tidak rasmi

  • OLEH Najib
  • 12:37 pm
  • 02/04/2021
  • Komen
OnePlus 9 sudah ada dijual di Malaysia secara tidak rasmi
Share on FacebookShare on Twitter

Siri OnePlus 9 adalah telefon pintar falgship terbaru dari OnePlus. Ia masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, tetapi sudah ada penjual set import membawanya masuk ke Malaysia.

OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro kini boleh didapati dari salah satu penjual telefon terkemuka di Lembah Klang, Mobile 2 Go. Telefon dengan kerjasama pakar kamera Hasselblad ini bukanlah set rasmi, tetapi set AP atau diimport dari luar negara. Jaminan selama 2-tahun diberikan sendiri oleh Mobile 2 Go.



Berikut adalah haga jualan OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro di Mobile 2 Go:

  • OnePlus 9 (RAM 8GB RAM + Storan 128GB) – RM2,988
  • OnePlus 9 (RAM 12GB RAM + Storan 256GB) – RM3,388
  • OnePlus 9 Pro (RAM 8GB RAM + Storan 256GB) – RM4,088
  • OnePlus 9 Pro (RAM 12GB RAM + Storan 256GB) – RM4,388

Walaupun ini adalah set import, harganya masih lebih murah dari kadar tukaran asing terus dengan harga rasmi di Eropah. Harga untuk OnePlus 9 128GB di Eropah adalah EUR 699 (~RM3,407) manakala versi tertinggi OnePlus 9 Pro 256GB adalah EUR 999 (~RM4,870).



Spesifikasi

Telefon pintar OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dikuasakan oleh cip terbaik masakini, Qualcomm Snapdragon 888 serta RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W USB-C. Kamera hadapan juga sama, 16MP di dalam lubang di atas skrin.

Perbezaan adalah pada skrin dan kamera. Di OnePlus 9, ia memiliki skrin AMOLED rata, 6.55-inci HD Penuh 120Hz. Kamera belakang gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera potret 2MP.

Di OnePlus 9 Pro, skrinnya adalah AMOLED melengkung, 6.7-inci QuadHD 120Hz. Kamera belakang pula menggunakan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 8MP dan kamera monokrom 2MP.

Mobile 2 Go menyenaraikan peranti ini dengan sistem operasi Oppo ColorOS, bukannya OxygenOS. Jadi besar kemungkinan ia adalah set yang diimport dari China. Tidak hairanlah harganya lebih murah dari Eropah.

Kenali lebih lanjut tentang siri OnePlus 9 di dalam artikel kami di bawah.

OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu
Tags: Mobile 2 GoOnePlusOnePlus 9
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 9 sudah ada dijual di Malaysia secara tidak rasmi

OnePlus 9 sudah ada dijual di Malaysia secara tidak rasmi

2 April 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN