• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Jadi pemain terbaik FIFA 18 untuk pergi ke Rusia menyaksikan Piala Dunia 2018

  • OLEH Najib
  • 12:32 pm
  • 11/04/2018
  • Komen
Jadi pemain terbaik FIFA 18 untuk pergi ke Rusia menyaksikan Piala Dunia 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Bahang Piala Dunia Rusia 2018 semakin hangat terasa. Jika anda berminat nak tonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 secara langsung di Rusia, anda boleh cuba merebut peluang ini melalui pertandingan FIFA 18 PS4 yang dianjurkan oleh Astro melalui saluran e-sukannya, eGG Network bersama Vivo.

Pertandingan ini dinamakan Rah Rah Russia Football Esports Tournament 2018, sebuah pertandingan FIFA 18 menggunakan platform Playstation 4. Pusingan kelayakan akan diadakan di 4 lokasi dengan hadiah disediakan berjumlah lebih RM50,000.



Hadiah utamanya pula adakah, perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.

Jadual pusingan kelayakan dan lokasinya adalah seperti berikut:



  • 13–15 April [Sunway Carnival Mall, Seberang Perai, Pulau Pinang]
  • 27–29 April [Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka]
  • 4–6 Mei [Kuantan City Mall, Pahang]
  • 11–13 Mei [Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor]

Sebanyak dua orang pemain terbaik dari pusingan kelayakan di Pulau pinang, Melaka dan Pahang akan layak ke peringkat akhir. Manakala 6 orang pemain terbaik dari pusingan kelayakan di Selangor akan menuju ke peringkat akhir.

Peringkat akhir akan diadakan Sunway Pyramid pada 13 Mei 2018.

Hadiah disediakan terbahagi dua, mengikut pusingan kelayakan dan pusingan akhir.

[table “35” could not be loaded /]

Kalau dah faham tarikh dan lokasi pertandingan, maka segeralah mendaftar tempat untuk menyertai pertandingan ini. Pendaftaran perlu dibuat dalam talian di laman web www.rrrussia.com.my. Bayaran pendaftaran sebanyak RM15 dikenakan dan setiap pendaftaran akan menerima sehelai t-shirt.

Selain pertandingan FIFA 18, jerayawara Rah Rah Russia oleh Astro ini turut menyediakan pelbagai tawaran lain seperti demonstrasi aplikasi Piala Dunia 2018 dan Stadium Astro di VR, jualan pas Astro Piala Dunia 2018 serta mencuba platform strim secara langsung Astro Tamago.

Tags: astroAstro eGG NetworkeGG networkFIFA 18Piala Dunia 2018vivovivo MalaysiaWorld Cup 2018
Najib

Najib

POPULAR

Jadi pemain terbaik FIFA 18 untuk pergi ke Rusia menyaksikan Piala Dunia 2018

Jadi pemain terbaik FIFA 18 untuk pergi ke Rusia menyaksikan Piala Dunia 2018

11 April 2018
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN