• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun 70% saman, pelancaran JPJeQ & nombor plat FD, sempena ulangtahun JPJ Ke-75

  • OLEH Najib
  • 4:43 pm
  • 13/04/2021
  • Komen
Diskaun 70% diberikan keatas saman JPJ dan SPAD sepanjang Ogos 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyambut ulangtahun ke-75. Sehubungan itu, JPJ menawarkan diskaun 70% ke atas semua saman dan kompaun selama 2 bulan. Tawaran ini terbuka dari 13 April sehingga 13 Jun 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong. Beliau berkata, diskaun itu membabitkan 3.5 juta notis saman dan kompaun yang masih aktif sejak 2010 sehingga kini. Ia termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.



Bagaimanapun, pengurangan saman berkenaan tidak termasuk kes dalam sebutan mahkamah.

“Tawaran diskaun itu diberikan bagi semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuat kuasa semasa tawaran kecuali kes dalam sebutan mahkamah. Ia membabitkan saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam,” tambah beliau lagi.



Pembayaran saman bersama tawaran diskaun ini boleh dilakukan di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi JPJ. Wee menggalakkan orang ramai untuk membuat bayaran secara dalam talian, bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di JPJ selain ia kurang memudaratkan.

Aplikasi JPJeQ

Dalam pengumuman yang sama, JPJ turut memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ, bagi mengelakkan 3C (tempat sesak, sempit dan duduk jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ.

Aplikasi mudah alih ini membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang kurang sesak, serta menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran. Ia juga mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) serta warga emas.

Aplikasi JPJeQ boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Nombor Pendaftaran “FD”

JPJ juga mengumumkan pelancaran siri nombor pendaftaran “FD” bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bidaan ini dibuka selama lima hari dari 12 hingga 17 April 2021, pukul 10 malam dan ia boleh dibuat melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

Siri FD merupakan kesinambungan dari siri “FC” yang menjadi perintis bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian iaitu JPJeBid yang kini telah dilaksanakan di seluruh negara.

[Sumber: Bernama]

Tags: JPJwee ka siong
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun 70% diberikan keatas saman JPJ dan SPAD sepanjang Ogos 2020

Diskaun 70% saman, pelancaran JPJeQ & nombor plat FD, sempena ulangtahun JPJ Ke-75

13 April 2021
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN