• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon honor apa berwarna Twilight dan nak sampai Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 12/04/2018
  • Komen
Telefon honor apa berwarna Twilight dan nak sampai Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran Huawei P20, memang sudah menjadi kebiasaan akan ada peranti dari honor yang dihasilkan hampir menyerupai siri-P dari Huawei. Untuk tahun ini, ia akan dikenali sebagai honor 10. Tidak berkaitan dengan honor View10.

Dan ia mungkin akan tiba di Malaysia lebih cepat dari jangkaan.



Ini kerana kami menerima emel dari honor Malaysia yang menyatakan akan ada telefon pintar honor baru tiba di Malaysia tidak lama lagi. Gambar yang disertakan dalam emel tersebut memperlihatkan warna seakan ‘Twilight’ pada Huawei P20. Macam gambar utama di atas.

Petunjuk ini tidak lain dan tidak bukan pastinya merujuk kepada peranti baru honor yang akan dilancarkan di China pada minggu depan, 19 April 2018. Poster tentang pelancaran peranti baru ini telah terpapar di laman web honor China, di mana ia memperlihatkan sebuah telefon pintar yang dipegang, memiliki badan yang berwarna hampir sama seperti warna Twilight.



Dalam laman tersebut juga, ia memberi beberapa petunjuk tentang peranti yang akan dilancarkan itu. Paling menarik, mereka menunjukkan ia memiliki skrin penuh 100% di hadapan, tiada bingkai kelihatan di hadapan. Di mana letaknya kamera hadapan jika tiada takuk?

Masih belum ada maklumat lain tentang telefon ini, tetapi ia pastinya memiliki spesifikasi yang tinggi. Khabarnya ia akan dikuasakan cip Kirin 970, bersama RAM 6GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Adakah benar honor 10 adalah peranti yang dicanang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi? Kita tunggu majlis pelancarannya pada 19 April 2018 terlebih dahulu, sebelum cerita ia datang ke Malaysia.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: honorhonor 10honor 10 malaysiahonor malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Telefon honor apa berwarna Twilight dan nak sampai Malaysia?

Telefon honor apa berwarna Twilight dan nak sampai Malaysia?

12 April 2018
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN