• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jaga-jaga tawaran kerja sambilan ejen platform e-dagang, anda mungkin ditipu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:15 pm
  • 24/04/2021
  • Komen
Tertipu dengan kerja mudah ‘like dan share’, mangsa rugi ratusan ribu ringgit
Share on FacebookShare on Twitter

Polis membuka 23 kertas siasatan sejak 6 Februari lalu, membabitkan sindiket penipuan tawaran kerja sebagai ejen pembelian dalam talian (online purchasing agent) sebuah laman beli belah. Kertas siasatan yang dibuka itu membabitkan 21 mangsa dengan nilai kerugian RM219,271.15.

Modus operandi

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, siasatan mendapati mangsa akan menerima satu pesanan ringkas melalui WhatsApp, yang menawarkan kerja sambilan dari nombor telefon yang tidak dikenali.



Dalam pesanan WhatsApp itu, terdapat pautan yang perlu ditekan mangsa untuk menghubungi suspek. Setelah mangsa menekan pautan itu, pihak sindiket akan menawarkan kerja sambilan sebagai ejen pembelian dalam talian, dengan keuntungan 8-15% selepas selesai tugasan. Mangsa juga akan menerima satu gambar barang yang dijual di dalam laman itu.

Mangsa perlu membayar harga barang

Selepas itu, suspek akan mengarahkan mangsa membayar harga barangan yang tertera di dalam gambar. Pembayaran ke atas barang itu akan dibuat terus ke dalam akaun sindiket tanpa melalui platform laman terbabit.



Beliau berkata, pihak sindiket kemudian akan menerangkan kepada mangsa, tujuan pembayaran barang di dalam tugasan bukanlah untuk pembelian, tetapi untuk menaikkan rating barangan terbabit di dalam platform laman itu.

Mangsa gagal dihubungi selepas tugasan ketiga

Kebiasaannya, bagi tugasan pertama dan kedua, mangsa akan menerima semula pulangan kos yang dibayar berserta komisen seperti yang dijanjikan. Tetapi, apabila masuk tugasan ketiga, suspek akan berdolak-dalik untuk membuat bayaran dan akhirnya gagal dihubungi.

Oleh itu, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika berurusan mencari pekerjaan sambilan terutamanya melalui sistem dalam talian.

Bagi mengelakkan anda dari menjadi mangsa penipuan, anda boleh lakukan semakan akaun bank dan nombor telefon melalui aplikasi semak mule atau melalui laman sesawang CCID sebelum melakukan sebarang transaksi.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Tertipu dengan kerja mudah ‘like dan share’, mangsa rugi ratusan ribu ringgit

Jaga-jaga tawaran kerja sambilan ejen platform e-dagang, anda mungkin ditipu

24 April 2021
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER