• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad mikroSD WD Purple ini sesuai untuk menjaga keselamatan anda

  • OLEH Najib
  • 6:50 pm
  • 13/04/2018
  • Komen
Kad mikroSD WD Purple ini sesuai untuk menjaga keselamatan anda
Share on FacebookShare on Twitter

Zaman yang kian mencabar kini, membuatkan ramai cuba memasang pelbagai jenis alat keselamatan di sekitar mereka. Antara yang popular seperti kamera CCTV, atau dash-cam di kereta.

Disebabkan itu, Western Digital (WD) telah mencipta storan yang direka khusus untuk kegunaan rakaman video jangka panjang. Ia digelar siri Purple. Sebelum ini hanya terdapat dalam bentuk cakera keras, hari ini ia tiba dalam bentuk kad mikroSD.



Kad ini diperkenalkan dalam dua saiz, 32GB dan 64GB. Ia diiktiraf dengan Speed Class 10 serta UHS Speed Class 1, dengan kelajuan membaca berjujukan sehingga 80Mb/s dan kelajuan menulis berjujukan sehingga 50MB/s.

Kad mikroSD WD Purple ini menyokong sehingga 1000 kitaran PE dengan rating ketahanan sehingga 64 TBW (Terabyte Ditulis) untuk storan 64GB dan 32 TBW untuk storan 32GB. Ia juga boleh beroperasi dalam suhu di antara -25°C hingga 85°C.



WD telah pun mula menjual kad mikroSD ini di pasaran Malaysia, dengan harga RM99 untuk 32GB dan RM159 untuk 64GB. Ia datang dengan jaminan selama 2 tahun. Ia juga akan dijual dalam satu unit serta 25-unit.

Lebih banyak info boleh didapati dengan melayari laman produk WD Purple MicroSD.

Tags: WDWD PurpleWD Purple MicroSDWestern Digital
Najib

Najib

POPULAR

Kad mikroSD WD Purple ini sesuai untuk menjaga keselamatan anda

Kad mikroSD WD Purple ini sesuai untuk menjaga keselamatan anda

13 April 2018
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN