• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

6 daerah di Selangor dikenakan PKP sehingga Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 7:15 pm
  • 04/05/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob petang ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan terhadap 6 daerah di negeri Selangor. Perintah ini berkuatkuasa dari 6 sehingga 17 Mei 2021.

6 daerah tersebut adalah:



  1. Hulu Langat
  2. Petaling
  3. Gombak
  4. Klang
  5. Kuala Langat
  6. Sepang

3 lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Ulu Selangor kekal dalam PKP Bersyarat (PKPB). Menurut Ismail Sabri, SOP yang sama di Kelantan dikenakan terhadap 6 daerah di Selangor.

PKP 6 DAERAH DI SELANGOR BERKUATKUASA 6 HINGGA 17 MEI 2021#MKN50 pic.twitter.com/2cTSPcrktG

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) May 4, 2021

Perintah ini dikenakan memandangkan penularan COVID-19 yang masih tinggi dan negeri Selangor mencatat kes tertinggi dalam negara sejak 20 April hingga kini. Rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan melainkan urusan kecemasan.



Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja. Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi
juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam. Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.

Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang. Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat.

Bagi mengetahui SOP lanjut berhubung PKP di 6 daerah ini, boleh layari laman web www.mkn.gov.my.

Tags: COVID-19Ismail Sabripkp
Najib

Najib

POPULAR

6 daerah di Selangor dikenakan PKP sehingga Hari Raya

4 May 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN