• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis buka pendaftaran subsidi Jaringan Prihatin sehingga RM300 untuk penerima BPR

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 05/05/2021
  • Komen
Maxis buka pendaftaran subsidi Jaringan Prihatin sehingga RM300 untuk penerima BPR
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis hari ini telah memuat naik portal mengenai pendaftaran program subsidi Jaringan Prihatin. Program ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021 tahun lepas, untuk diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut Maxis, mereka akan menyediakan inisiatif kerajaan ini dengan memberikan subsidi RM180 dalam bentuk kredit prabayar atau rebat bil pascabayar, atau subsidi RM300 untuk pembelian telefon pintar kepada penerima BPR. Tetapi penerima subsidi ini adalah mengikut kategori.



Kategori pertama adalah untuk bujang atau berkahwin tetapi tiada anak. Mereka ini boleh menebus subsidi kredit atau rebat bil RM180. Ia akan diberikan dalam bentuk RM15 selama 12 bulan.

Kategori kedua adalah untuk bujang berstatus duda atau janda dan mempunyai anak. Mereka ini boleh menebus subsidi peranti pintar RM300.



Selain itu, kedua-dua kategori juga layak untuk menebus 2GB data percuma yang boleh digunakan dalam tempoh sejam, setiap hari.

Pendaftaran subsidi akan dibuka di antara 5 Mei sehingga 31 Julai 2021. Selepas berjaya mendaftar, penerima subsidi boleh menikmatinya selama 12 bulan.

Cara menebus

Sebelum itu, pengguna harus menyemak status BPR mereka di laman web https://bpr.hasil.gov.my/. Jika layak, barulah boleh menebus subsidi ini.

Untuk kategori pertama, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi Hotlink atau dengan mendail kod UMB. Mula-mula sekali, buka aplikasi Hotlink atau Maxis, klik pada “Beli” dan klik banner “Jaringan Prihatin”. Masukkan nombor kad pengenalan dan tunggu pengesahan SMS. Selepas disahkan, bolehlah menebus di dalam aplikasi Hotlink dengan langkah yang sama.

Bagi kategori kedua, subsidi RM300 untuk peranti pintar perlu mendaftar kontrak pelan Hotlink Postpaid 60. Bergantung kepada jenis peranti, kontrak yang dikenakan di antara 12-bulan dan 24-bulan. Untuk ini, pengguna perlu mengunjungi Pusat Maxis terdekat untuk mendaftar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jaringan Prihatin Rakyat di Maxis, layarinya di sini.

Perkara yang sama pasti akan diumumkan oleh syarikat telekomunikasi lain tidak lama lagi. Jika anda pelanggan selain Maxis, nantikan pengumuman rasmi rangkaian anda tidak lama lagi.

Tags: hotlinkJaringan Prihatin RakyatPRIHATIN
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Maxis buka pendaftaran subsidi Jaringan Prihatin sehingga RM300 untuk penerima BPR

Maxis buka pendaftaran subsidi Jaringan Prihatin sehingga RM300 untuk penerima BPR

5 May 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN