• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung sahkan yang barisan Galaxy Watch untuk 2021 akan diperkasa Wear OS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:00 am
  • 19/05/2021
  • Komen
Samsung sahkan yang barisan Galaxy Watch untuk 2021 akan diperkasa Wear OS
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat peranti boleh pakai Samsung ataupun yang berkira-kira untuk melompat masuk ke ekosistem ini tetapi direncatkan oleh Tizen OS, ada berita baik buat anda. Samsung mengumumkan yang Galaxy Watch akan dating ini menjalankan sistem operasi Wear OS daripada Google.

Ia satu berita baik kerana pengguna akan beroleh akses terhadap APP yang lebih pelbagai dan pengintegrasian yang lebih dalam dengan peranti Android anda boleh dilakukan. Malahan, pengguna telefon Android bukan daripada jenama Samsung juga turut beroleh manfaat dek kesarwajagatan Wear OS.



Galaxy Watch 3 diperkasa Tizen OS

Namun begitu, Samsung memberi jaminan yang ia masih dilapisi antara muka One UI bagi memudahkan pengguna sedia ada membiasakan diri dengan sistem operasi baharu ini. Pengguna produk Tizen OS sedia ada juga dijamin akan menerima sekurang-kurangnya 3 tahun sokongan perisian daripada tarikh pelancaran produk tersebut.

Jam tangan Samsung dan Android bukanlah satu kombinasi yang novel. Kali terakhir Samsung hadir dengan peranti boeh pakai diperkasa Android ialah dalam tahun 2014 menerusi Samsung Gear Live sebelum berpindah kepada Tizen OS.



Untuk tahun 2021, Galaxy Watch yang baharu dijangka akan tiba sekitar July 2021.

Sumber: SamMobile

Tags: Googlesamsungsamsung galaxysamsung galaxy watchSamsung galaxy watch 4wear os
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung sahkan yang barisan Galaxy Watch untuk 2021 akan diperkasa Wear OS

Samsung sahkan yang barisan Galaxy Watch untuk 2021 akan diperkasa Wear OS

19 May 2021
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN