• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sphero Indi, robot kereta bantu anak pelajari asas pengaturcaraan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:40 am
  • 21/05/2021
  • Komen
Sphero Indi, robot kereta bantu anak pelajari asas pengaturcaraan
Share on FacebookShare on Twitter

Nampak seperti kereta mainan biasa, tetapi ia sebenarnya merupakan sebuah robot, khusus untuk kanak-kanak pelajari mengenai asas pengaturcaraan (programming). Robot kecil ini dicipta oleh syarikat Sphero dan ia diberi nama Sphero Indi.

Robot Indi ini disertakan dengan jubin silikon pelbagai warna dan kanak-kanak boleh menyusun jubin itu untuk mengaturkan sendiri kemana arah tuju perjalanan Indi.



Pada masa yang sama, Indi akan menggunakan sensor warna untuk memeriksa jubin warna apa yang dilaluinya untuk melakukan tindakan. Contoh, apabila ia mengesan jubin hijau itu bermakna Indi harus melajukan pergerakan, jubin merah jambu untuk membelok ke kiri dan jubin ungu untuk berhenti dan meraikan.

Untuk mengajar anak cara membuat arahan bagi memastikan Indi bergerak dari jubin A ke jubin B, mainan ini dilengkapi dengan kad cabaran yang merangkumi corak dengan jubin yang hilang, jadi mereka harus mengetahui warna jubin yang perlu diletakkan untuk membantu Indi bergerak ke jubin seterusnya.



Seterusnya, jika pengguna sudah bersedia untuk mengawal kereta robot ini dengan cara yang lebih mencabar, mereka boleh menggunakan aplikasi Sphero Edu Jr. Melaluinya, mereka boleh mengawal pergerakan Indi menggunakan blok.

Harga dan cara tempahan awal

Sphero Indi kini di buka untuk tempahan awal dengan harga USD 124.99 bersamaan RM518.21. Ada juga disediakan pekej class pack yang berharga USD 1,199.99 bersamaan RM4975.16. Dengan pembelian class pack, anda akan dapat 8 robot Indi.

Jika anda berminat, anda boleh lakukan tempahan awal di sini.

[Sumber: TheVerge]

Tags: sphero
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Sphero Indi, robot kereta bantu anak pelajari asas pengaturcaraan

Sphero Indi, robot kereta bantu anak pelajari asas pengaturcaraan

21 May 2021
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca

TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca

7 August 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER