• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Sertai pertandingan tilawah di Bigo Live dan menangi hadiah berjumlah RM3,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:55 pm
  • 21/05/2021
  • Komen
Sertai pertandingan tilawah di Bigo Live dan menangi hadiah berjumlah RM3,000
Share on FacebookShare on Twitter

Bigo Live melancarkan program pertandingan tilawah Al-Quran iaitu ‘Tilawah Bersama Bigo’. Melaluinya juga, Bigo mengadakan kempen kutipan derma untuk menyokong COVID Emergency Appeal Food Aid anjuran Islamic Relief Malaysia, untuk membantu warga Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tilawah Bersama Bigo

Pertandingan selama satu minggu ini akan disiarkan secara langsung di aplikasi Bigo Live melalui Bigo ID: MY.Eventroom. Pusingan pertama akan diadakan dari 24 Mei hingga 28 Mei dari 8:30 malam sehingga 12 pagi. Pusingan akhir pula diadakan dari 29 Mei hingga 30 Mei dari 9 malam sehingga 10 malam.



Bigo Live akan bekerjasama dengan pemenang Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019 iaitu Farhatul Fairuza. Beliau akan menyertai pusingan akhir pertandingan ini sebagai pengadil.

Penyertaan dan hadiah

Pendaftaran dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas. Setiap individu perlu memilih satu slot untuk bertilawah. Tempahan untuk lebih daripada satu slot akan ditapis dan hanya 1 slot sahaja akan diberikan kepada setiap peserta.



Ketika pertandingan berlangsung, setiap peserta akan diberikan masa 10 minit untuk:

  1. Memperkenalkan diri semasa permulaan penstriman berlangsung
  2. Menyatakan bahagian dalam Al-Quran yang ingin dibaca
  3. Maksud disebalik bahagian yang yang dipilih
  4. Tilawah

Sepanjang pertandingan tersebut, para penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menggunakan tiket undian percuma dan pemberian hadiah secara maya.

10 peserta terbaik dengan undian tertinggi akan disenarai pendek dan akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam pusingan akhir pertandingan. Seterusnya, 3 pemenang bertuah akan dipilih ketika pusingan akhir itu dan menerima hadiah seperti berikut:

  1. Tempat Pertama – RM3,000
  2. Tempat Kedua – RM2,000
  3. Tempat Ketiga – RM1,000

Pendaftaran sudah dibuka pada 18 Mei 2021 sehingga 1 hari sebelum slot pilihan anda. Jika anda berminat, anda boleh lakukan pendaftaran di sini. Tetapi, pastikan anda sudah mempunyai akaun Bigo Live. Jika belum ada, anda boleh muat turun aplikasi tersebut melalui App Store dan Play Store.

Tags: Bigo
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sertai pertandingan tilawah di Bigo Live dan menangi hadiah berjumlah RM3,000

Sertai pertandingan tilawah di Bigo Live dan menangi hadiah berjumlah RM3,000

21 May 2021
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN