• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AirAsia tambah pesawat dan lanjutkan tarikh untuk Pulang Mengundi

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 19/04/2018
  • Komen
AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda terlepas mendapatkan tiket penerbangan AirAsia dengan harga promosi tetap sempena hari mengundi pada 9 Mei 2018? Usah risau, hari ini AirAsia mengumumkan tambahan penerbangan untuk mereka yang mahu pulang mengundi, dan menambah satu hari lagi dari tawaran asal.

AirAsia menyatakan mereka telah menambah 120 penerbangan antara 7-10 Mei 2018. 20 penerbangan akan menggunakan pesawat Airbus 330 yang memiliki 377 kerusi. Di bawah ini adalah senarai pesawat tambahan:



Dalam Semenanjung Malaysia

Semenanjung Malaysia ke Sabah

Semenanjung Malaysia ke Sarawak

Kadar tambang tetap yang ditawarkan AirAsia dalam tempoh ini adalah untuk tarikh 7hb, 8hb, 9hb dan 10hb Mei sahaja. harganya pula adalah tetap iaitu RM99 untuk penerbangan dalam Semenanjung Malaysia, atau dalam Malaysia Timur.

Manakala penerbangan di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak pula tetap pada RM129. Penerbangan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah pula tetap pada RM199 sahaja. Ia untuk tempahan baru dan tertakluk kepada kekosongan.



Tawaran tempahan penerbangan AirAsia ini boleh dibuat menerusi laman web www.airasia.com ataupun di aplikasi mudah alih AirAsia. Perlu diingatkan, tawaran harga tetap ini untuk kerusi standard sahaja, tidak termasuk Premium Flatbed.

Sebelum pulang mengundi, pastikan anda semak dahulu tempat mengundi anda terlebih dahulu. Membazir je balik nanti tak dapat mengundi. Kami senaraikan 3 cara untuk anda semak tempat mengundi di sini.

Tags: AirAsiaGE14PRU14PulangMengundi
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan

AirAsia tambah pesawat dan lanjutkan tarikh untuk Pulang Mengundi

19 April 2018
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN