• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih kepada isu semasa, tiada telefon pintar termasuk dalam 10 carian paling popular bulan Mei di Google

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:23 pm
  • 03/06/2021
  • Komen
Lebih kepada isu semasa, tiada telefon pintar termasuk dalam 10 carian paling popular bulan Mei di Google
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah kongsikan 10 carian paling popular di Malaysia pada bulan Mei 2021. Dapat dilihat, kebanyakan carian dalam senarai ini ada kaitan dengan isu semasa, contohnya mengenai isu kemanusiaan di Palestin, SOP PKP 3.0 dan roket China. Tidak ketinggalan juga carian maklumat berkaitan Raya Aidilfitri.

Namun, rakyat Malaysia nampaknya kurang mencari peranti, kerana tiada langsung carian mengenai telefon pintar dalam 10 carian teratas. Walhal, sepanjang bulan Mei, ada banyak telefon pintar baru yang diperkenalkan, contohnya Asus Zenfone 8, Redmi Note 10S dan Samsung Galaxy M12.



Berikut merupakan senarai terperinci 10 carian paling popular Google di Malaysia pada bulan Mei 2021:

1. Bendera Palestin / Iron Dome / Save Palestine

Carian ini boleh dikaitkan dengan isu mengenai krisis antara Israel dan Palestin. Ramai dalam kalangan pengguna mencari maklumat mengenai bendera Palestin, ia mungkin kerana bendera Negara Palestin kelihatan hampir sama dengan bendera Sudan.



  • Bendera Palestin
  • Bendera Sudan
Sumber

Selain itu, ada juga carian mengenai Iron Dome, iaitu sistem pertahanan udara milik Israel. Carian ini akan membawa pengguna kepada maklumat mengenai Iron Dome dan cara ianya berfungsi.

Bukan itu sahaja, pengguna juga mahu menunjukkan solidariti mereka terhadap Palestin dengan melakukan carian Save Palestine. Melalui carian ini, pengguna akan dibawa kepada gambar berkaitan save Palestin (selamatkan Palestin) dan NGO yang membantu Palestin.

2. Jaringan Prihatin Digi / Jaringan Prihatin Celcom / Jaringan Prihatin Maxis / Jaringan Prihatin U Mobile

Digi, Celcom, Maxis dan U Mobile merupakan telco yang terlibat dengan pemberian subsidi Jaringan Prihatin. Subsidi ini akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi. Ia disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah kategori B40. Pendaftaran telah dibuka dari 5 Mei 2021.

3. Niat Puasa 6 / Niat Puasa Enam

Puasa enam hari di bulan Syawal boleh dilakukan seawal-awalnya pada hari kedua Syawal, bersamaan 14 Mei 2021. Carian ini bukan sahaja akan membawa pengguna kepada niat puasa enam, tetapi ia juga akan mencadangkan artikel tentang hukum gabung puasa enam dengan puasa ganti.

4. SOP PKP 3.0 / MCO 3.0 SOP

Pada 28 Mei 2021, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan total lockdown fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari, bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Tentunya, individu mahu mengetahui tentang SOP yang dikuatkuasakan bagi mengelakkan daripada dikenakan kompaun.

5. Takbir Raya PDF / Khutbah Raya 2021

Tentu ada dalam kalangan umat ​​Islam menyambut Aidilfitri tahun ini dengan membaca takbir dan mendengar khutbah khas secara langsung dari rumah sendiri. Hal ini kerana, ada SOP disediakan untuk menghadkan individu ke Masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri serta mendengar khutbah dan membaca takbir raya.

SOP yang berbeza disediakan untuk kawasan PKPP, PKPB, PKP dan PKPD.

6. Koyak

Koyak juga merupakan carian yang berkaitan dengan krisis Israel dan Palestin. Menurut Urban Dictionary, ia membawa definisi tersinggung atau kecewa. Perkataan ini mula menjadi fenomena apabila rakyat Malaysia menulisnya kepada individu Israel dan mereka membalasnya.

7. Chelsea vs Arsenal / Burnley vs Liverpool / MU vs Liverpool

Carian ini adalah berkaitan dengan perlawanan bola sepak Liga Perdana kumpulan yang paling popular. Chelsea tewas kepada Arsenal 0-1, Liverpool memperoleh kemenangan 3-0 menentang Burnley serta mengalahkan Man United 4-2.

8. China Rocket

Bahagian teras roket Long March 5B milik China yang dijangka terhempas ke muka bumi ketika itu menjadi satu kebimbangan buat masyarakat. Tetapi pada awal bulan Mei, roket keluaran China itu dilaporkan telah jatuh di Lautan Hindi.

Sumber

9. HIDE List Malaysia

Pada 8 Mei, kerajaan telah mengeluarkan senarai pertama premis yang ditanda sebagai lokasi titik panas penularan Covid-19, menerusi sistem amaran awal Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE). Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya besar, pasar awam, rangkaian pasar mini terkenal serta bazar Aidilfitri tersenarai sebagai 151 lokasi titik panas ini.

10. Lee Da-in

Lee Da-in merupakan pelakon wanita Korea. Pada hujung bulan Mei, peminat Lee Seung-gi terkejut apabila mengetahui khabar bahawa dia mempunyai hubungan dengan pelakon wanita tersesbut. Rata-rata peminat membantah hubungan mereka.

Sumber
Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Lebih kepada isu semasa, tiada telefon pintar termasuk dalam 10 carian paling popular bulan Mei di Google

Lebih kepada isu semasa, tiada telefon pintar termasuk dalam 10 carian paling popular bulan Mei di Google

3 June 2021
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER