• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Portal TNB dan aplikasi MyTNB sedia kemudahan 24/7 sepanjang PKP

  • OLEH Penaja
  • 7:25 pm
  • 08/06/2021
  • Komen
Portal TNB dan aplikasi MyTNB sedia kemudahan 24/7 sepanjang PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021, pengguna Tenaga Nasional berhad (TNB) tidak perlu risau akan khidmat pelanggan yang disediakan. Ini kerana TNB menyediakan pelbagai saluran atas talian untuk memberikan khidmat terbaik dan tanpa henti buat pengguna.

Urusan secara digital 24/7

Melalui saluran digital ini, pengguna boleh menguruskan akaun TNB mereka, serta memohon perkhidmatan TNB secara atas talian dengan mudah, cepat dan selamat dari rumah sahaja. Terdapat dua cara pengurusan akaun TNB boleh dilakukan secara layan diri bila-bila masa iaitu:

1. Portal TNB di www.mytnb.com.my

Portal TNB boleh dicapai dengan mudah menggunakan mana-mana pelayar tidak kira di komputer, telefon pintar mahupun tablet. Hanya lancarkan pelayar yang digemari dan pergi ke alamat www.mytnb.com.my. Pelbagai urusan TNB boleh dilakukan di portal ini.

2. Aplikasi MyTNB

Cara yang lebih mudah adalah dengan memuat turun aplikasi MyTNB ke peranti pintar Android atau iOS. Aplikasi ini boleh dimuat turun di stor aplikasi tersebut:

  • Apple AppStore – https://apps.apple.com/app/id1297089591
  • Google PlayStore – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mytnb.mytnb
  • Huawei AppGallery – https://appgallery1.huawei.com/#/app/C102383027

Urusan secara fizikal waktu terhad

Jika perlu atas sebab kecemasan atau penting, pengguna boleh hadir secara fizikal ke Kedai Tenaga atau Kios Pembayaran layan diri. Perlu diambil perhatian bahawa SOP perlu dipatuhi sepanjang masa. Waktu operasinya adalah seperti berikut:

1. Waktu operasi Kedai Tenaga selain Johor, Kedah, Terengganu & Kelantan:
Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) – 9.00 pagi hingga 1.00 petang

2. Waktu operasi Kedai Tenaga di Johor, Kedah, Terengganu & Kelantan:
Ahad hingga Khamis (kecuali cuti umum) – 9.00 pagi hingga 1.00 petang

3. Waktu operasi Kios Pembayaran Layan Diri:
Setiap hari – 8.15 pagi hingga 8.00 malam (pintu masuk kios pembayaran diri berasingan)

Bacaan Meter dan Pembilan

Sepanjang waktu sekatan pergerakan penuh PKP, pembaca meter masih bertugas dan akan datang ke premis untuk mengambil bacaan sebenar dan penyerahan bil, mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai operasi TNB atau lain-lain hal, pelanggan boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 (8.00 pagi hingga 7 malam), atau emel kepada [email protected]. TNB juga boleh dicapai 24 jam menerusi Facebook TNB Careline dan Twitter @Tenaga_Nasional.

Untuk melaporkan gangguan bekalan elektrik, dail 15454 (24 jam).

(Artikel ini dibawakan oleh Tenaga Nasional Berhad)

Tags: TNB
Penaja

Penaja

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Portal TNB dan aplikasi MyTNB sedia kemudahan 24/7 sepanjang PKP

Portal TNB dan aplikasi MyTNB sedia kemudahan 24/7 sepanjang PKP

8 June 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN