• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab A7 Lite akan datang, tablet sesuai PdPR dan mampu milik

  • OLEH Najib
  • 6:20 pm
  • 22/06/2021
  • Komen
Samsung Galaxy Tab A7 Lite akan datang, tablet sesuai PdPR dan mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Rupanya bukan sahaja telefon pintar 5G Samsung paling murah akan tiba di Malaysia, tetapi satu lagi tablet yang sangat sesuai untuk kegunaan PdPR dan mampu dimiliki, akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini dikongsi oleh satu lagi pengedar peranti popular di Malaysia, Mobile2 Go.

Mobile 2 Go telah mula mengambil tempahan awal untuk Galaxy A22 5G, serta tablet Galaxy Tab A7 Lite yang masih belum diumumkan di Malaysia. Harga tablet ini sangat mampu dimiliki, hanya RM699 dengan storan 64GB.



Terdapat dua warna disenaraikan di laman tempahan Mobile 2 Go iaitu kelabu dan perak. Penghantaran dijangka bermula pada 26 Jun 2021.

Tablet ini memiliki paparan LCD TFT seluas 8.7-inci dan resolusi WXGA+ (1340×800), tidak mencapai HD Penuh. Skrin ini tiada takuk dan lubang kerana kamera hadapan terletak di bingkainya yang tebal. Pemproses yang digunakan di dalamnya adalah MediaTek Helio P22T, sebuah cip kelas permulaan.



Ada dua kamera di tablet ini, satu di hadapan iaitu 2MP dan satu lagi di belakang, 8MP. Mencukupi untuk kegunaan pembelajaran dalam talian. Sistem bunyi dihasilkan menerusi speaker stereo, di bawah dan atas telefon.

Bateri dilihat tidak berapa besar, dengan kapasiti 5,100mAh sahaja. Ia dicas melalui USB-C dan menyokong kuasa sehingga 15W. jek audio 3.5mm masih ada jika perlu mencucuk fon telinga berwayar.

Jika berminat, anda boleh mula menempahnya di laman web Mobile 2 Go.

Ini adalah pilihan yang baik selain Galaxy Tab A7 WiFi yang kini dijual pada harga RM749. Galaxy Tab A7 miliki kuasa lebih tinggi dengan cip Snapdragon 662, skrin lebih luas 10.4-inci, serta bateri lebih besar. Tetapi RAM hanya 3GB dan storan 32GB.

[Sumber: Mobile 2 Go]

Tags: samsungSamsung Galaxy Tab A7 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Samsung Galaxy Tab A7 Lite akan datang, tablet sesuai PdPR dan mampu milik

Samsung Galaxy Tab A7 Lite akan datang, tablet sesuai PdPR dan mampu milik

22 June 2021
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN