• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Daftar vaksin di Mydin & terima kad meriah & kredit Boost percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:19 pm
  • 24/06/2021
  • Komen
Daftar vaksin di Mydin & terima kad meriah & kredit Boost percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen MyVaksin untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya vaksinasi Covid-19.

Kempen itu menerima sokongan penuh daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin  (JKJAV) dan ia merupakan inisiatif untuk membantu mempercepat Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).



Maklumat program

Anda yang masih belum mendaftar vaksin boleh melakukan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera di mana-mana empat puluh tujuh cawangan Mydin yang mengambil bahagian.

Program ini berlangsung dari 21 Jun 2021 sehingga 20 Julai 2021, dari 9 Pagi – 6 Petang. Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan pelanggan di Mydin yang anda kunjungi itu.



Sebagai usaha untuk menarik minat individu menerima vaksin, Mydin menawarkan kad keahliannya iaitu Kad Meriah bernilai RM12 secara percuma. Melaluinya, pelanggan boleh menikmati tawaran istimewa ahli dan mengumpul mata ganjaran.

Bagi memberi lebih banyak insentif kepada pelanggan yang mendaftar vaksin, Mydin berkerjasama dengan Boost untuk memberi penghargaan kepada 20,000 pendaftar vaksin pertama yang berjaya.

Dengan perbelanjaan minimum RM50 menggunakan Boost, pelanggan dapat menikmati pulangan tunai RM5 di Mydin Partner Wallet. Wang tunai itu akan diberi melalui kod penebusan dan ia akan diberikan di cawangan Mydin yang mengambil bahagian.

Anda boleh layari laman media sosial rasmi Mydin Malaysia untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai program MyVaksin.

Tags: mydinVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Daftar vaksin di Mydin & terima kad meriah & kredit Boost percuma

Daftar vaksin di Mydin & terima kad meriah & kredit Boost percuma

24 June 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN