• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram mula benarkan pengguna kongsi gambar & video melalui komputer

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:22 pm
  • 25/06/2021
  • Komen
Instagram mula benarkan pengguna kongsi gambar & video melalui komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Mengetahui ada pengguna yang gemar mengakses aplikasi Instagram melalui komputer, kini syarikat tersebut menguji kemampuan untuk pengguna berkongsi gambar melalui pelayar web kepada segelintir pengguna.

Bermula minggu ini, dikatakan ramai pengguna telah mula melihat satu butang baru untuk mereka berkongsi post melalui pelayar web.



Menerusi perkongsian Matt Navara di Twitternya, dia menunjukkan tangkap layar bagaimana individu boleh berkongsi gambar di Instagram menggunakan komputer.

Pada bahagian utama di sebelah kanan atas, akan ada satu pilihan baru berbentuk simbol tambah. Ia berada di antara ikon direct messages dan explore. Itu merupakan pilihan untuk pengguna melakukan perkongsian gambar atau video melalui komputer.



Sama seperti penggunaannya di aplikasi telefon, pengguna akan diberi pilihan untuk menyunting gambar dan menulis caption sebelum berkongsi gambar tersebut kepada umum.

More screenshots of creating + publishing posts via https://t.co/3QaHTLlqBE pic.twitter.com/G5mptOhN06

— Matt Navarra (I quit X. Follow me on Threads) (@MattNavarra) June 24, 2021

Sejak Instagram dilancarkan dalam tahun 2010, ini merupakan pertama kalinya perkhidmatan perkongsian gambar yang popular ini membenarkan pengguna melakukan perkongsian melalui komputer. Secara tidak langsung, ini menunjukkan satu pencapaian baru untuk platform itu.

Namun, kebolehan ini masih belum dilancarkan kepada semua. Jika anda merupakan antara yang gemar mengakses Instagram melalui komputer, tentunya perkara ini akan memudahkan urusan anda untuk melakukan perkongsian menerusi aplikasi itu.

[Sumber: PetaPixel]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram mula benarkan pengguna kongsi gambar & video melalui komputer

Instagram mula benarkan pengguna kongsi gambar & video melalui komputer

25 June 2021
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN