• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Beli 2 bekas pengecas wayarles steril UV Samsung dengan diskaun 67%

  • OLEH Najib
  • 4:08 pm
  • 29/06/2021
  • Komen
PROMO: Beli 2 bekas pengecas wayarles steril UV Samsung dengan diskaun 67%
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia meneruskan kempen promosi mereka, kini dalam aksesori peranti mudah alih. Bekas pengecas wayarles Samsung yang dilengkapi pensteril UV, kini datang dengan diskaun sangat besar.

Samsung UV Sterilizer with Wireless Charger, sebelum ini dijual pada harga rasminya RM299. Tetapi dalam promosi kali ini, Samsung memberikan diskaun 43% terhadapnya, menjadikan harganya turun kepada RM169.



Bukan itu sahaja, anda boleh menerima diskaun lebih besar jika membeli lebih kerana Samsung menawarkan harga cuma RM199 untuk 2 unit bekas pengecas ini. Ia menjadikan harganya cuma RM99.50 seunit, diskaun sebanyak 67% daripada harga asal.

Tawaran hebat ini boleh didapati di Stor Online Samsung Malaysia sahaja. Tetapi pembeli memerlukan kod promosi semasa membayar. Masukkan kod 2UVS di ruangan checkout untuk mendapatkan harga RM199 bagi 2 unit.



Penghantaran adalah percuma dan bayaran boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit serta perbankan dalam talian.

Bekas pengecas UV yang turut memiliki fungsi pengecas wayarles ini dilancarkan tahun lepas, dan diberikan percuma semasa tempahan awal Galaxy Note 20. Ia menampilkan dwi-lampu UV di dalam, dikatakan boleh membunuh sehingga 99% bakteria dan kuman, termasuk E.coli, Staphylococcus aureus, dan Candida albicans.

Bekas ini menerima tenaga menerusi sambungan USB-C, dan disalurkan kepada lampu UV serta kuasa untuk mengecas wayarles Qi sehingga 10W. Jadi, pengguna boleh mengecas telefon pintar sambil membersihkannya dari kuman.

Bagaimanapun, pengecas ini tiada kipas padanya, jadi ia boleh menjadi agak hangat jika mengecas terlalu lama. Pengecas wayarles juga boleh digunakan tanpa lampu UV dihidupkan, dengan cara membuka penutup sepanjang masa.

Untuk menggunakan fungsi sanitasi, masukkan perkakas atau telefon pintar di dalam kotak, tutup penutup dan tekan butang kuasa. Ia mengambil masa sekitar 10 minit untuk menghabiskan proses sanitasi dan akan berbunyi apabila selesai. Lampu UV akan dimatikan jika penutup dibuka semasa proses sanitasi, bagi tujuan keselamatan.

Tags: samsungSamsung UV Sterilizer with Wireless Charger
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Beli 2 bekas pengecas wayarles steril UV Samsung dengan diskaun 67%

PROMO: Beli 2 bekas pengecas wayarles steril UV Samsung dengan diskaun 67%

29 June 2021
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN