Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan awal Galaxy Note 20 ada hadiah tambahan: pengecas wayarles dan pembasmi kuman telefon

Samsung Malaysia telah membuka tempahan awal Galaxy Note 20 di Malaysia bermula hari ini. Ia akan dijalankan dari 6 hingga 20 Ogos 2020 dan dijangka mula dihantar kepada pembeli pada 21 Ogos.

Di laman web rasmi Samsung Malaysia, mereka menyatakan tempahan awal akan turut menerima Galaxy Buds+ Galaxy Buds Live sahaja. Tetapi pengedar sah Samsung yang lain, menawarkan beberapa lagi hadiah percuma yang lain.

Harvey Norman telah menghasilkan laman mikro tempahan awal Galaxy Note 20. Selain hadiah percuma Galaxy Buds+ untuk Galaxy Note 20 dan Galaxy Buds Live untuk Galaxy Note 20 Ultra, mereka turut memberikan dua lagi hadiah tambahahan iaitu pengecas wayarles tegak dan pembasmi kuman UV. Kedua-dua hadiah tambahan ini diberikan untuk semua model Galaxy Note 20 yang ditempah awal.

Sebagai tawaran tambahan, Harvey Norman turut menawarkan pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan, untuk bank terpilih. Diskaun 205 turut ditawarkan untuk pembeli awal di samping penghantaran percuma ke rumah.

Perkara yang sama turut dapat dilihat di Senheng. Mereka juga menawarkan hadiah tambahahan iaitu pengecas wayarles tegak dan pembasmi kuman UV untuk tempahan awal mana-mana model Galaxy Note 20.

Lawatan ke Stor Rasmi Samsung di Lazada juga menunjukkan perkara yang sama. Jadi agak pelik apabila laman rasmi Samsung Malaysia tidak menyatakan hadiah tambahan ini. Ia pasti dapat menarik lebih banyak minat pembeli jika mengetahui ada banyak hadiah diberikan untuk tempahan awal.

Jika anda mahu membeli Galaxy Note 20, buat tempahan awal sekarang untuk menerima hadiah percuma berupa Galaxy Buds Live atau Galaxy Buds+, bersama pengecas wayarles tegak dan pembasmi kuman UV.

BACA  Samsung Galaxy M51: Maklumat penjualannya di Malaysia

Galaxy Note 20 dijual di Malaysia dengan varian dan harga seperti berikut:

  • Galaxy Note 20 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,899
  • Galaxy Note 20 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,299
  • Galaxy Note 20 Ultra 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,199

Kenali lebih lanjut mengenai Galaxy Note 20 menerusi artikel kami di bawah.