Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan awal dan harga jualan Galaxy Note 20 di Malaysia

Seperti biasa, sejurus selepas pelancaran peranti flagship di pentas antarabangsa, tempahan awal untuk pasaran Malaysia akan diumumkan terus selepas itu. Perkara yang sama juga berlaku untuk siri Galaxy Note 20.

Mereka yang berminat memiliki telefon pintar Galaxy Note 20 di Malaysia, boleh membuat tempahan awal bermula dari 6 Ogos dan akan menerima sejumlah hadiah percuma.

Harga Galaxy Note 20

Bersama pembukaan tempahan awal ini, Samsung turut mengumumkan terus harga jualan rasmi Galaxy Note 20 di Malaysia. Varian yang akan dijual di Malaysia dan harganya adalah seperti berikut:

  • Galaxy Note 20 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,899
  • Galaxy Note 20 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,299
  • Galaxy Note 20 Ultra 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,199

Selain dari harganya yang kian meningkat tinggi dari model sebelumnya, seperkara lagi yang agak mengecewakan ialah tiada tawaran storan dalaman selain dari 256GB. Ini sedikit lebih besar dari siri Galaxy S20 di Malaysia, di mana ia hanya diberikan storan 128GB walaupun untuk pilihan termahal, Galaxy S20 Ultra berharga RM4,999.

Hadiah Tempahan Awal

Samsung Malaysia akan membuka tempahan awal Galaxy Note 20 dari 6 Ogos sehingga 20 Ogos 2020. Tempahan awal ini boleh dibuat di mana-mana Stor Samsung Experiences, Rakan Rasmi Samsung atau dalam talian di Stor Online Samsung.

Mereka yang membuat tempahan awal ini boleh mula mengambil telefon Galaxy Note 20 pilihan mereka bermula dari 21 Ogos 2020.

Hadiah percuma turut diberikan untuk mereka yang membuat tempahan awal dalam tempoh ini. Untuk pembeli Galaxy Note 20 Ultra, mereka akan menerima fon kepala terbaru Samsung, Galaxy Buds Live bernilai RM699 secara percuma. Untuk Galaxy Note 20 5G dan versi 4G, akan diberikan hadiah percuma Galaxy Buds+ bernilai RM599.

BACA  Samsung Galaxy M51: Maklumat penjualannya di Malaysia

Warna yang boleh dipilih

Samsung menawarkan sehingga 3 jenis warna untuk dipilih pembeli Galaxy Note 20 di Malaysia. Warna tersebut adalah:

  • Galaxy Note 20 4G – Mystic Bronze, Mystic Grey
  • Galaxy Note 20 5G – Mystic Bronze, Mystic Green, Mystic Grey
  • Galaxy Note 20 Ultra 5G – Mystic Bronze, Mystic Black, Mystic White

Untuk mengenali tentang Galaxy Note 20 dan Galaxy Note 20 Ultra ini dengan lebih mendalam, rujuk laporan kami tentangnya di bawah ini.