Jaringan Prihatin adalah salah satu pakej stimulus yang diperkenalkan dalam Bajet 2021 yang lalu. Pakej tersebut memperuntukkan RM3.5 billion yang boleh digunakan oleh rakyat yang layak untuk mendapatkan telefon ataupun pakej telco bagi memudahkan mereka menerima akses Internet dan seterusnya melicinkan perjalanan PDPR.
Tarikh akhir pendaftaran Jaringan Prihatin telahpun dilanjutkan kepada 31 Ogos 2021.
Buat anda yang masih berkira-kira untuk dapatkan gajet daripada telco mana, ini adalah rangkuman penawaran gajet daripada Hotlink.
Subsidi RM300
- Galaxy A32 5G
- Galaxy Tab A (8.0”, 2019)
- iPhone XR 128GB
- Oppo A54 (128GB)
- Oppo A74 5G
- OPPO Reno5 F
- Realme C25s
- Vivo V21e
- Vivo Y31
Subsidi RM180
- Oppo A15s
- Oppo Reno5 F
- Realme 8 5G
- Realme C21
- Vivo Y20 2021
- Vivo Y12s
Di bawah penawaran Hotlink, anda perlu mendapatkan pelan Hotlink Postpaid 60 ataupun Postpaid 98 untuk dipadankan dengan telefon-telefon yang ditawarkan.
Bayaran pendahuluan yang diperlukan adalah serendah RM1 bersama-sama kontrak sependek 12 bulan. Untuk program Jaringan Prihatin, saya sarankan anda dapatkan di bawah kontrak paling pendek beserta bayaran pendahuluan paling rendah. Ia sesuai dengan keadaan kewangan sasaran inisiatif ini iaitu B40.
Kalau anda perlukan tablet, tidak salah untuk anda pilih Galaxy Tab A. Harga RRP untuk pasaran Malaysia ialah RM599. Jika anda dapatkan melalui Hotlink, anda cuma membayar RM663. Ia termasuk rebat berjumlah RM100 dan juga SST dikenakan ke atas pelan pascabayar anda.
Dalam kategori telefon, Realme C25s adalah yang paling berbaloi kerana ia ada spesifikasi paling tinggi berbanding telefon RM1 berkontrak 12 bulan yang lain.