• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nintedo Switch OLED: Apa yang baru, apa yang lama?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:25 am
  • 08/07/2021
  • Komen
Nintedo Switch OLED: Apa yang baru, apa yang lama?
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo Switch OLED adalah ahli terbaharu dalam keluarga generasi Switch. Kini, ahli-ahli mereka ialah:

  • Nintendo Switch
  • Nintendo Switch Lite
  • Nintendo Switch OLED

Model terbaharu ini akan menemui peminatnya pada 8 Oktober 2021 di pasaran-pasaran terpilih pada harga USD350 (RM1,460).



Sementara ada 3 bulan daripada tarikh pelancarannya, ini adalah maklumat tentang Switch OLED yang perlu anda tahu.

Skrin yang lebih besar dan menggunakan panel OLED

Sungguhpun memiliki fizikaliti yang sama seperti Switch asal, paparan pada Switch OLED telah diperbesar, daripada 6.2” kepada 7”. Perbezaan sekitar 13% luas permukaan paparan pastinya memberikan pengalaman lebih baik.



Perbandingan relatif saiz skrin Nintendo Switch dengan Switch OLED

Tak setakat itu, panel OLED yang menggantikan LCD bakal memberikan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Yang mengecewakan ialah resolusinya tetap pada 720p sahaja semasa dalam mod handheld. Tidak memeranjatkan kerana kompromi harus dilakukan jika ingin waktu bermain yang panjang.

View post on imgur.com

Speaker stereo lebih baik

Daripada materi iklan, Nintendo memaklumkan yang kualiti audio turut ditambah baik. Kelihatan jeriji speaker stereo pada Switch baharu lebih lebar berbanding yang asal manakala di bahagian belakang, lubang ekzos udara panas juga lebih lebar yang mungkin memberikan runut bass akan dipancarkan daripada belakang.

Kaki plastik yang direka semula

Pemilik Nintedo Switch pasti menyampah dengan penyangga plastic sewaktu bermain dalam mod tabletop. Tapi untuk iterasi baharu, ia telah menyelesaikan semua kekurangan tersebut.

Kaki penyangga lebih lebar dan nampak lebih tegap. Kemudian, ia boleh disandarkan dalam beberapa kedudukan untuk sudut pandang yang lebih baik.

Dok kini ada port LAN

Sambungan Internet bukanlah isu besar yang dihadapi pemain masa ini di konsol Switch. Walau apapun, Nintendo memasukkan port LAN pada dok sedangkan mereka boleh saja memasukkan cip Wi-Fi 6 bagi sambungan yang lebih pantas.

Disebabkan fizikaliti Nintendo Switch OLED dan Switch asal sama, dock yang baharu dan yang lama boleh diguna pada mana-mana Nintendo Switch kecuali yang versi Lite.

Cip pemproses berkemungkinan besar adalah yang lama

Tiada perkhabaran tentang naik taraf cip pemproses yang dinantikan oleh peminat konsol ini. Switch yang dijual sekarang, sama ada Switch ataupun Switch Lite, menggunakan cip Tegra X1 varian Mariko yang agak berusia namun pada pendapat Nintendo sudah mampu memenuhi keperluan pengguna-penggunannya.

Lagipun, tidak ada sebab Nintendo perlu hadir dengan produk yang lebih segar kerana Nitendo Switch sekarang miliki momentum jualan masih kukuh dan sudah 30 bulan berturut-turut menjadi konsol paling laku keras di A.S.

Kalau anda lihat trend pelancaran produk Nintendo daripada 3DS XL kepada Switch yang mengambil masa 5 tahun, tahun 2022 adalah genap 5 tahun usia Switch.

Nintendo lancarkan produk baharu pada purata hampir 1.5 tahun

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut

Tags: nintendonintendo switchnintendo switch oled
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nintedo Switch OLED: Apa yang baru, apa yang lama?

Nintedo Switch OLED: Apa yang baru, apa yang lama?

8 July 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN