• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

WhatsApp mula uji penggunaan 4 peranti serentak tanpa perlu bersambung ke telefon

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:10 pm
  • 15/07/2021
  • Komen
Waspada taktik pancing kod pengesahan WhatsApp untuk tujuan penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Whatsapp sememangnya boleh digunakan di komputer tetapi pada masa yang sama telefon harus ada berdekatan dan Internet di telefon perlu aktif. Malah, pengguna juga perlu mengimbas kod QR di komputer untuk mengakses WhatsApp melaluinya.

Tetapi jika bateri telefon mati atau ada masalah dengan aplikasi itu di telefon pintar, anda tidak boleh menggunakan WhatsApp di platform lain. Hal ini mungkin merupakan sebahagian besar cara WhatsApp mengawal penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption).



Namun, selepas ini, pengguna boleh akses WhatsApp di web, macOS, Windows atau Facebook Portal tanpa perlu telefon di sisi. Hal ini kerana, WhatsApp sudah mula menjemput sekumpulan kecil pengguna untuk mencuba mengakses WhatsApp menggunakan sehingga 4 peranti serentak dengan program beta.

??? pic.twitter.com/QLdc7Io4Mb

— mbah ?? (@kaizer_hanz) July 14, 2021

Walaupun ramai pengguna sudah meminta kemampuan ini sejak sekian lama, WhatsApp memerlukan masa untuk menghasilkannya. Kini, WhatsApp telah membina sistem yang mengekalkan end-to-end encryption dan membiarkan pengguna sync data seperti nama kenalan, arkib, mesej suara, panggilan video dan mesej berbintang di semua peranti.



Melalui program beta, setiap peranti akan mempunyai kunci pengenalannya sendiri. Pada masa ini, pengguna mempunyai satu kunci pengenalan sahaja iaitu di telefon untuk menangani mesej dari dienkripsi.

WhatsApp juga telah mengembangkan sistem yang membolehkan anda mengawal peranti yang disambungkan ke akaun WhatsApp serta mengurangkan jumlah keperluan mengesahkan identiti pengguna di semua peranti.

Melalui ujian beta, WhatsApp akan menambahkan beberapa lagi ciri sebelum melancarkannya dengan lebih meluas.

[Sumber: Engadget]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Waspada taktik pancing kod pengesahan WhatsApp untuk tujuan penipuan

WhatsApp mula uji penggunaan 4 peranti serentak tanpa perlu bersambung ke telefon

15 July 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN