Microsoft telah mengumumkan Windows 365. Sekiranya anda biasa dengar tentang Stadia, Xbox Cloud Gaming, dan GeForce Now, anda sepatutnya mudah saja untuk memahami objektif Windows 365.
Jika tiga produk terawal itu menyediakan penstriman game terus ke pengguna, Windows 365 strimkan sistem operasi terus ke kelengkapan anda. Jadi, anda boleh gunakannya di mana-mana sahaja asalkan peranti itu ada pelayar web dan ada sambungan Internet.
Ataupun, pengguna boleh pasang aplikasi Remote Desktop yang disediakan untuk Android, iOS, Mac, dan Windows untuk gunakan servis ini.
Hasilnya, anda akan menikmati pengalaman komputer yang tekal tak kira daripada mana anda mengaksesnya. Bukan itu sahaja, pengguna boleh membeli “spesifikasi” mesin tempat sistem operasi itu akan berjalan. Daripada demonstrasi yang dikongasikan, anda boleh pilih bilangan teras CPU, amaun RAM, dan amaun storan.
Menurut Microsoft, sekiranya gajet anda ada capaian cukup pantas untuk strim video beresolusi tinggi, anda boleh menikmati fungsi penuh Windows 365 tanpa masalah. Satu lagi manfaat Windows 365 adalah anda akan nikmati sambungan Internet gigabit walaupun kelajuan Internet ke gajet anda perlahan kerana komputer awan ini diselnggara oleh Microsoft sendiri dan semua proses pengkomputeran dilakukan di sana sebelum visualnya dihantar kepada anda.
Untuk power user perkara ini seakan virtual machine yang sering digunakan. Tapi Windows 365 mempakejkan semual dalam keadaan mudah digunakan dan dikhususkan untuk pengguna kebanyakkan seperti kita.
Microsoft 365 boleh mula digunakan pada Ogos 2021 pada harga langganan yang belum diumumkan.