• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Unpacked akan perkenal dua telefon lipat pada 11 Ogos

  • OLEH Najib
  • 2:15 pm
  • 21/07/2021
  • Komen
Samsung Galaxy Unpacked akan perkenal dua telefon lipat pada 11 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini telah mengeluarkan jemputan ke acara pelancaran Samsung yang akan datang, Galaxy Unpacked. Majlis kali ini akan membawakan tema, “Get Ready To Unfold” atau bersedia untuk membuka lipatan.

Samsung Galaxy Unpacked akan diadakan pada hari Rabu 11 Ogos 2021, pukul 10 malam waktu Malaysia. Ia akan diadakan secara dalam talian dan boleh ditonton menerusi laman web Samsung Malaysia, YouTube Samsung Malaysia, dan Facebook Samsung Malaysia.



Di samping itu, Samsung Malaysia kini telah membuka laman pendaftaran minat kepada mereka yang mahu menjadi terawal mendapatkan berita tentang majlis pelancaran ini. Menariknya, Samsung memberikan baucar RM300 untuk mereka yang mendaftar minat sehingga 11 Ogos, dan ia boleh digunakan untuk membuat tempahan awal bagi produk yang akan dilancarkan.

Tetapi apakah yang akan Samsung lancarkan nanti?



Dari gambaran yang dikongsikan Samsung Malaysia, terdapat dua produk dapat ditafsirkan. Pertama adalah tablet boleh lipat dan kedua adalah telefon pintar boleh lipat. Pastinya ia merujuk kepada Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3.

Dua peranti boleh lipat daripada Samsung telah dibocorkan rupa sebenarnya oleh Evan Blass sebelum ini. Dikatakan terdapat tiga warna di Galaxy Z Fold 3 dan empat warna bagi Galaxy Z Flip 3.

Selain itu, terdapat beberapa lagi produk lain dikhabarkan akan turut dilancarkan di pentas yang sama iaitu telefon pintar Galaxy S21 FE, jam pintar Galaxy Watch 4 dan Watch 4 Classic, serta fon telinga Galaxy Buds 2.

Adakah benar semua jangkaan ini? Nantikan laporan daripada kami di majlis pelancaran Galaxy Uncpaked yang akan diadakan pada 11 Ogos kelak.

[Sumber: Samsung]

Tags: samsungSamsung Galaxy UnpackedSamsung galaxy z flip 3Samsung Galaxy Z Fold 3
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Samsung Galaxy Unpacked akan perkenal dua telefon lipat pada 11 Ogos

Samsung Galaxy Unpacked akan perkenal dua telefon lipat pada 11 Ogos

21 July 2021
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER