• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad 11 terima tempahan awal dengan hadiah percuma bernilai RM1,207

  • OLEH Najib
  • 9:26 am
  • 27/07/2021
  • Komen
Huawei MatePad 11 berkuasa Snapdragon 865 akan dilancar di Malaysia pada 27 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Huawei Malaysia hari ini mendedahkan harga jualan untuk tablet berkuasa tinggi baru mereka, MatePad 11. Bersempena itu, mereka juga membuka tempahan awal yang menyediakan hadiah percuma bernilai RM1,207.

Terdapat dua varian MatePad 11 yang dijual di Malaysia dengan dua warna iaitu:



  • MatePad 11 Matte Gray (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,999
  • MatePad 11 Olive Green (RAM 6GB + Storan 256GB) – RM2,399

Tempahan awal untuk MatePad 11 dibuka dari 27 Julai sehingga 5 Ogos 2021 dan boleh dibuat dalam talian di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada dan Shopee. Penghantaran pula akan dibuat bermula 6 Ogos 2021.

Bagi mereka yang membuat tempahan awal dalam tempoh ini, akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,207 iaitu:



  1. M-Pencil 2nd Gen
  2. Huawei Smart Magnetic Keyborad
  3. Huawei Music Premium selama 3 bulan
  4. Huawei Video VIP selama 1 bulan
  5. Huawei Cloud 50GB selama 1 bulan

Spesifikasi

Prestasi tablet ini terletak di bawah MatePad Pro 2021 tetapi jauh lebih berkuasa daripada MatePad 10.4 2021. MatePad 11 menggunakan sistem operasi terbaru Huawei, HarmonyOS 2.0 yang telah sedia ada di MatePad Pro 2021. Bermakna ia tiada sokongan aplikasi Google dan Google Mobile Services (GMS).

Kuasanya digerakkan oleh cip Qualcomm Snapdragon 865 tetapi tiada sokongan kad sim untuk internet mudahalih. Ia dilengkapi WiFi 6 802.11ax bersama Bluetooth 5.1. Kad mikroSD turut diterima untuk menambah storan, sehingga 1TB.

Skrin tablet ini berukuran 10.95-inci daripada jenis TFT LCD, dengan kadar penyegaran 120Hz. Bateri pula sebesar 7,250mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C. Tiada jek audio 3.5mm tetapi ia memiliki sistem bunyi 4 pembesar suara.

Terdapat dua kamera pada tablet ini. Di hadapan ia ada kamera 8MP F2.0 fokus tetap dan di belakang pula kamera 13MP F1.8 fokus automatik.

Dengan ekosistem produk Huawei dan HarmonyOS 2.0, MatePad 11 boleh digunakan untuk berkongsi fail dan skrin, bersama laptop dan telefon pintar Huawei secara lancar melalui Huawei Share. Ia juga menyokong aksesori tambahan seperti papan kekunci, tetikus dan M-Pencil gen-2 untuk meningkatkan lagi produktiviti kerja.

Tags: HuaweiHuawei MatePad 11
Najib

Najib

POPULAR

Huawei MatePad 11 berkuasa Snapdragon 865 akan dilancar di Malaysia pada 27 Julai

Huawei MatePad 11 terima tempahan awal dengan hadiah percuma bernilai RM1,207

27 July 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN