• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google akan mudahkan salin data Whatsapp dari iPhone ke Android

  • OLEH Najib
  • 12:20 pm
  • 28/07/2021
  • Komen
Google akan mudahkan salin data Whatsapp dari iPhone ke Android
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara yang sering menghalang pengguna iOS untuk berubah menggunakan telefon pintar Android, adalah data di iPhone yang tidak dapat disalin ke Android. Salah satu daripadanya adalah data sandaran WhatsApp. Tetapi ini akan berubah tidak lama lagi.

Google didapati menambah fungsi menyalin data sandaran WhatsApp di iOS kepada peranti Android, menerusi aplikasi Google Data Transfer Tool. Ini adalah aplikasi yang digunakan Google untuk memindahkan data dari telefon pintar lama Android dan iOS, kepada telefon pintar Android baharu.



Dalam kemaskini terbaharu Data Transfer Tool versi 1.0.382048734, 9to5google menemui fungsi baharu iaitu menyalin data sandaran WhatsApp dari iPhone ke telefon pintar Android. Bagaimanapun, ia masih tidak boleh digunakan sekarang kerana memerlukan sokongan pemindahan daripada WhatsApp terlebih dahulu.

Langkah baharu semasa menyalin data menggunakan Data Transfer Tool, apabila tiba di bahagian memindahkan data WhatsApp akan menunjukkan kod QR untuk diimbas oleh iPhone dan seterusnya melancarkan tetapan pemindahan data di WhatsApp. Tetapi langkah ini masih tidak dapat dilakukan kerana masih di tahap ujian WhatsApp.



Awal bulan ini, WhatsApp telah ditemui sedang menguji fungsi memindahkan data perbualan antara platform berbeza. Ini memberi petunjuk bahawa ia akan datang dalam masa terdekat.

WhatsApp is developing a feature to migrate your chats between different platforms.
This video shows how chats are migrated from iOS. It's needed a cable: are new tools for PC coming or what?

It'll be available for beta testers in a future update. Follow @WABetaInfo for more 💚 pic.twitter.com/Bu6xGxkpWE

— WABetaInfo (@WABetaInfo) July 2, 2021

Adakah perkara ini akan membantu anda untuk membuat keputusan berubah daripada iPhone kepada telefon pintar Android sekarang?

[Sumber: 9to5Google]

Tags: GoogleGoogle Data Transfer Toolwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Google akan mudahkan salin data Whatsapp dari iPhone ke Android

Google akan mudahkan salin data Whatsapp dari iPhone ke Android

28 July 2021
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER