• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia X usaha terbaru HMD Global untuk kekal relevan

  • OLEH Najib
  • 3:37 pm
  • 02/05/2018
  • Komen
Nokia X usaha terbaru HMD Global untuk kekal relevan
Share on FacebookShare on Twitter

HMD Global akan melancarkan satu lagi telefon baru Nokia, dijangka pada 16 Mei nanti di China. Ia berdasarkan status yang dimuat naik menerusi laman rasmi Weibo Nokia. Namanya ialah Nokia X.

Macam biasa dengar je.



Untuk menghangatkan majlis pelancaran pada 16 Mei nanti, Nokia telah membuat pameran bergerak di China yang menampilkan beberapa model telefon pintar Nokia seperti Nokia 8 Scirocco, Nokia 7 Plus, Nokia 3310 4G, Nokia 8110 4G serta satu peranti yang belum dilancarkan tetapi memiliki takuk di dahi.

Macam pernah tengok je.



Peranti ini dijangka adalah Nokia X yang akan dilancarkan pada 16 Mei nanti. Sama seperti yang lain, takuk ini memuatkan kamera depan, speaker panggilan dan sensor proximity. Berbanding iPhone X, takuk di dahi Nokia X lebih menyerupai Huawei P20 kerana ia lebih kecil.

Nisbah skrin ini dilihat sekitar 19:9, dengan sedikit bingkai tebal di bawah menempatkan logo Nokia. Di belakangnya kelihatan dua kamera disusun menegak, tetapi terletak di tengah. Ia selari dengan LED Flash dan pengimbas capjari yang terletak di bawah kamera.

Tetapi tidak nampak pula logo ZEISS di kamera belakang. Adakah ini peranti kelas pertengahan?

Butang kuasa dan kawalan bunyi ditempatkan di sisi kanan telefon. Di sisi kiri pula hanya kelihatan slot kad sim atau kad mikroSD. Lain-lain perkara tidak dapat dipastikan kerana telefon ini dikunci dari penggunaan biasa.

Cakap-cakap di internet menyatakan telefon ini membawa nombor model TA-109 dan ia mungkin juga dikenali sebagai Nokia X6. Ini mungkin kerana ia akan memiliki beberapa model lain, di bawah siri Nokia X. Bagaimana pula namanya akan disebut nanti, adakan Nokia Ten atau Nokia X?

Adakah anda berminat dengan telefon Nokia dengan rupa sebegini? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Nokia pada 16 Mei nanti.

[Sumber: Weibo, GSMArena, NokiaMob]

Tags: NokiaNokia XNokia X6
Najib

Najib

POPULAR

Nokia X usaha terbaru HMD Global untuk kekal relevan

Nokia X usaha terbaru HMD Global untuk kekal relevan

2 May 2018
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN