• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri baru iOS 15, beritahu ibu bapa kalau anak tengok kandungan jelik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:59 am
  • 06/08/2021
  • Komen
Ciri baru iOS 15, beritahu ibu bapa kalau anak tengok kandungan jelik
Share on FacebookShare on Twitter

Di seluruh platform sistem operasi Apple, daripada iOS hinggalah MacOS, akan ada satu ciri baharu yang dimaklumkan pembangunnya akan menambah baik tahap perlindungan terhadap kandungan jelik.

Fungsi baharu ini akan bertindak di tiga bahagian:



  1. Sistem akan memantau kandungan komunikasi keluar masuk peranti untuk mengesan kandungan jelik menggunakan teknologi pembelajaran mesin.
  2. iOS dan iPadOS akan gunakan algoritma baharu mengesan kandungan jelik di iCloud Photos untuk membantu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.
  3. Siri dan Search akan membantu pengguna mengendalikan kandungan jelik yang ditemukan mereka. Siri dan Search turut akan campur tangan bila pengguna cuba melakukan carian sekitar kandungan jelik.
Messages akan ingatkan pengguna tentang kandungan jelik dalam telefon

Apabila dikuatkuaskaan kelak, APP Messages akan mengaburkan kandungan jelik yang diterima masuk ke peranti. Implementasi ini sama seperti yang diamalkan Facebook sekarang bila anda kena tekan satu butang khas untuk menyingkap kandungan disebaliknya bagi memastikan yang memang anda betul-betul ingin melihatnya.

Sekiranya gajet itu didaftarkan menggunakan akaun keluarga, pihak principal (ibu-bapa) akan dimaklumkan tentang potensi adanya kandungan jelik dalam peranti anak-anak. Begitu juga apabila anak-anak cuba untuk menghantar kandungan yang dipercayai jelik, prisipal juga akan diberitahu.



Search dan Siri akan tahu benda apa yang anda cari

Algoritma baharu yang katanya untuk mengesan kandungan jelik pula akan melakukan proses pengecaman imej dalam storan iCloud pengguna. Apple turut maklumkan yang fungsi ini dibangunkan tanpa mengorbankan privasi pengguna.

Saya tak berapa nak yakin sangat dengan fungsi ini. Ia seperti alasan Apple untuk mendapatkan akses melihat barang-barang peribadi anda dengan alasan untuk melindungi kanak-kanak.

Privacy Policy di Apple sama teruknya dengan yang lain menurut video ini

Sumber: 9to5Mac, Apple

Tags: applekeselamatanprivasi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Ciri baru iOS 15, beritahu ibu bapa kalau anak tengok kandungan jelik

Ciri baru iOS 15, beritahu ibu bapa kalau anak tengok kandungan jelik

6 August 2021
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN