• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Privacy Policy di Apple sama teruknya dengan yang lain menurut video ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:51 pm
  • 28/04/2021
  • Komen
Privacy Policy di Apple sama teruknya dengan yang lain menurut video ini
Share on FacebookShare on Twitter

Apple ialah sebuah syarikat senaraian awam. Apabila perlu memenuhi keperluan pemegang taruh, tak mustahil mereka akan lakukan apa saja untuk mencapai objektif tersebut.

Ada satu video yang dimuat naik di YouTube ini mengatakan yang fungsi App Tracking Transparency (ATT) bukanlah memberi manfaat kepada pengguna iPhone, iPad, Mac, dan yang seangkatan dengannya. Malahan ia tidaklah lebih baik, malah sama saja dengan amalan Facebook dan Google.



Kerahsiaan di Google
Kerahsiaan di Samsung

Bezanya, Facebook dan Google menumpang ekosistem Apple untuk mengaut data dan seterusnya mengaut keuntungan daripadanya. Maka, ATT ialah helah untuk menidakkan pihak ketiga melakukan apa yang Apple lakukan keatas penggunannya.

Menurut video tersebut, polisi kerahsiaan Apple bukanlah terletak di laman ini https://www.apple.com/my/privacy/ kerana ia cumalah bahan iklan sebaliknya sekiranya anda ingin telusuri dokumen perundangan sebenar, anda perlu ke https://www.apple.com/legal/privacy/.



Penghasil video juga menelusuri dokumen perundangan tentang kerahsiaan dan memetik beberapa bahagian yang boleh dijadikan loophole oleh Apple untuk menjejak data anda.

Contohnya, dalam dokumen yang diterbitkan untuk pembangun pihak ketiga yang ingin membangunkan APP di platform Apple, mereka perlu membasmi apa-apa saja maklumat unik sebelum dipungut.

Namun, di pihak Apple, mereka boleh memungun senarai maklumat seperti di bawah dan senarai tersebut tidak terhad kerana mereka dengan licik meletakkan frasa “Other information You Provide to Us” yang membawa maksud apa-apa saja data.

Akhir sekali video tersebut menyimpulkan yang walau apapun sebab anda pilih sesuatu platform untuk digunakan, kerahsiaan sepatutnya bukan salah satu faktor pemilihan. Apabila data anda berada dalam tangan pihak ketiga, anda hilang hak keatasnya.

Tags: applekerahsiaanprivacy
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Privacy Policy di Apple sama teruknya dengan yang lain menurut video ini

Privacy Policy di Apple sama teruknya dengan yang lain menurut video ini

28 April 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN