• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cipta akaun perniagaan sendiri, pelajar 11 tahun terima 200 pesanan pada 2 hari pertama di Shopee

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:20 pm
  • 06/08/2021
  • Komen
Cipta akaun perniagaan sendiri, pelajar 11 tahun terima 200 pesanan pada 2 hari pertama di Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Baru berusia 11 tahun, tetapi pelajar lelaki ini mempunyai inisiatif untuk mengumpul duit sendiri, dengan menjual barang melalui platform Shopee.

Dikenali sebagai Umar Al-Khattab, dirinya mula tular selepas salah seorang pelanggannya berkongsi di Facebook tentang pengalaman membeli LED Ring Light melaluinya. Pada mulanya, pelanggan lelaki itu menyangkakan bahawa dia menjadi mangsa penipuan (scam) kerana menerima saiz yang salah.



Sebenarnya, Umar merupakan dropship untuk produk itu dan dia telah tulis maklumat yang tidak tepat mengenai produk tersebut di halaman Shopee. Namun, dia telah meminta maaf pada pelanggan itu dan telah memperbaiki penerangan produk tersebut.

Belajar melalui Youtube

Menurut Umar, minatnya untuk memulakan perniagaan timbul setelah melihat rakan ayahnya menjelaskan tentang cara memulakan perniagaan di Shopee kepada ayahnya.



Umar mengatakan bahawa dia telah belajar banyak perkara untuk menjadi penjual dalam masa seminggu lebih sahaja. Contohnya seperti belajar berkomunikasi dengan pelanggan dan cara mengurus kedai dalam talian dengan membawa produk baru.

Ayah Umar, Shamsul Bahrim mengatakan bahawa anaknya itu mengendalikan semua perkara berkaitan akaun Shopeenya sendiri. Malah, anaknya suka menonton dan belajar melalui YouTube tentang cara mengendalikan perniagaan di platform membeli-belah dalam talian, seperti Shopee dan Lazada.

Shamsul juga mengatakan bahawa dia akan membantu Umar untuk pembungkusan dan pos, kerana dia berpengalaman dalam bidang logistik. Dia juga tidak mahu mengambil risiko membiarkan Umar menghabiskan terlalu banyak masa di luar kerana Covid-19.

Melalui platform itu, kini Umar ada menjual pelbagai barang seperti jam tangan, lampu LED dan alat tulis.

Kumpul wang untuk beli telefon pintar

Ibu Umar, Nurul Huda Azman mengatakan bahawa, perniagaan Umar di Shopee ini adalah salah satu usahanya untuk mengumpul wang, agar dia boleh membeli sendiri telefon pintar baru, untuk mengikuti kelas PdPR.

Peranti yang mereka ada perlu dikongsi antara lima beradik yang masih bersekolah. Menurutnya, kadang kala peranti tersebut perlu diberikan keutamaan kepada anak yang lebih tua.

Oleh kerana mereka tidak mampu untuk membeli peranti yang baru, Nurul Huda mencadangkan agar Umar terus menjual produknya agar dia boleh membeli sendiri telefon pintar baru.

Pada dua hari pertama operasi, Umar mendapat 200 pesanan di Shopee. Hal itu menyebabkan pembekal menyerahkan keseluruhan stok produk kepada Umar untuk memudahkan operasinya.

Kedai Umar di Shopee telah memperoleh lebih dari 5,000 pengikut sejak ia mula ditubuhkan. Dia juga bertekad untuk meneruskan perniagaannya agar dapat mencapai sasaran membeli telefon pintar baru dan secara tidak langsung membantu meringankan beban keluarga.

Anda boleh lihat akaun Shopee Umar di sini dan sokong jualannya.

[Sumber: MalayMail]

Tags: Shopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cipta akaun perniagaan sendiri, pelajar 11 tahun terima 200 pesanan pada 2 hari pertama di Shopee

Cipta akaun perniagaan sendiri, pelajar 11 tahun terima 200 pesanan pada 2 hari pertama di Shopee

6 August 2021
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN