• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satelit Astro, MEASAT-3, dikuburkan di angkasa lepas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:19 pm
  • 06/08/2021
  • Komen
Satelit Astro, MEASAT-3, dikuburkan di angkasa lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih sebulan menghadapi masalah tidak berada di lokasi sepatutnya dalam orbit, satelit MEASAT-3 akhirnya dilaporkan telah dibersarakan oleh pengendalinya. Dalam tempoh tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengembalikan satelit it uke tempat asal seperti menggunakan penujah roket.

Satelit MEASAT-3 yang pancarkan isyarat ASTRO anda hanyut daripada orbit asal

Dalam beberapa minggu lagi, pengendali satelit itu memaklumkan akan menyahorbitkan kelengkapan mereka. Tidaklah diketahui sama ada nyah orbit bermaksud jatuh semula ke bumi ataupun pergi terus ke satu lokasi tempat sampah-sampah angkasa lepas berada.



Pengguna Astro mula mengalami masalah menonton siaran sekitar 22 Jun 2021 lalu. Sebagai penyelesaian sementara, mereka meminta pelanggan untuk teruskan tontonan di aplikasi Astro GO.

Kedudukan pada 19 Julai 2021, Longitud 84.52E
Kedudukan pada 6 Ogos 2021, tersasar jauh daripada orbit asal iaitu Longitude 91.5E

Satelit yang sudahpun berada di atas sana hampir 15 tahun itu adalah daripada jenis Boeing 601 dan katanya sudahpun mencapai hayat akhir. Hal ini kerana, MEASAT Global Berhad sudahpun merangka perancangan untuk menghantar satelit baharu, MEASAT-3d, seawal 2022.



Perkakasan yang lebih canggih itu dilaporkan akan menambah baik kemampuan servis penyiaran syarikat itu. Malahan, ia mampu menyediakan sambungan Internet berkelajuan 100Mbps kepada kawasan pedalaman yang tiada infrastruktur darat.

Tags: astromeasat-3measat-3d
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Satelit Astro, MEASAT-3, dikuburkan di angkasa lepas

Satelit Astro, MEASAT-3, dikuburkan di angkasa lepas

6 August 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER