Acara hackaton tahunan terbesar dunia akan berlangsung pada 2 hingga 3 Oktober 2021. Space Apps Challenge anjuran NASA kini telah memasuki edisi ke-10 dan di Malaysia, sebanyak 4 lokasi telah ditetapkan sebagai hub penyertaan iaitu:
Penyertaan boleh dilakukan dalam bentuk berkumpulan ataupun individu berkumpulan dengan ahli maksimum 6 orang. Anda boleh daftarkan diri mengikut lokasi hub yang terhampir dengan anda. Untuk yang tinggal di Semenanjung Malaysia, mereka cuma ada Kuala Lumpur manakala yang tinggal di pulau Borneo, mereka ada 3 lokasi untuk dipilih.
Adalah penting untuk memilih lokasi hub paling hampir dengan lokasi anda kerana setiap lokasi itu akan ada wakil yang mengelolakan acara itu bagi pihak NASA.
Konsep hackaton ini mudah saja, cari penyelesaian terhadap masalah sedia ada, menggunakan teknologi dan data sedia ada.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah:
- Best Use of Science
- Best Use of Data
- Best Use of Technology
- Galactic Impact
- Best Mission Concept
- Most Inspirational
Untuk edisi 2021, penganjur turut memperkenalkan beberapa kategori baru seperti:
- Best Storytelling Award
- Global Connection Award
- Art & Technology Award
- Local Impact Award
Misalnya, dalam edisi 2020 lalu, buat kategori Best Use of Data, projek Monsoon Overflow telah memenagi kategori ini. Mereka membangunkan sistem pengesan banjir menggunakan data sedia ada dan data sumber luar bagi membolehkan proses pemulihan pasca banjir berlaku sepantas mungkin.