Perdana Menteri Malaysia ke-9 yang baru dilantik minggu lepas, Dato Seri Ismail Sabri, hari ini mengumumkan barisan kabinet menterinya yang baru. Senarai kabinet menteri ini telah dipersembahkan dan mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Menteri-menteri yang baru dilantik ini akan mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong pada hari Isnin, 30 Ogos 2021.
Secara kasar, senarai menteri ini tidak banyak berubah dengan kabinet menteri PM ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia mengekalkan kabinet yang hampir sama besar iaitu 31 kementerian, membarisi 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri. Ismail juga tidak melantik Timbalan Menteri, tetapi mengekalkan 4 Menteri Kanan.
Bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia, ia kini disandang oleh bekas Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa. Timbalannya masih dikekalkan, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Bekas Menteri Komunikasi, Dato’ Saifuddin Abdullah bertukar ke Kementerian Luar Negeri.
Menariknya, Menteri Kesihatan serta Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membuat pertukaran yang sama. Kementerian Kesihatan akan diterajui YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri MOSTI yang baru pula adalah Datuk Seri Dr Adham Baba.
Senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri kabinet baru Ismail Sabri adalah seperti berikut:
1. Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong
2. Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz
3. Menteri Kewangan
YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa
4. Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup
5. Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin
6. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith
7. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
8. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin
9. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary
10. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
11. Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong
12. Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor Othman
13. Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim
14. Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias
15. Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
16. Menteri Pengajian Tinggi
YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
17. Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: YB Datuk Ali Anak Biju
18. Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
19. Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
20. Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
21. Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah
22. Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar
23. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid
24. Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
25. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
26. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim
27. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya
28. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin
29. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
30. Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
31. Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker