• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemansuhan GST pada 1 Jun adalah palsu

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 14/05/2018
  • Komen
Pemansuhan GST pada 1 Jun adalah palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan apabila memenangi Pilihanraya Umum ke-14, adalah memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Ramai yang telah mula bertanya tentangnya sejurus diumumkan kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu. Perlu diingatkan, mereka berjanji untuk menghapuskan GST dalam masa 100 hari.

Tetapi satu surat dari Kementerian Kewangan (MOF) telah tersebar hari ini di media sosial, yang menyatakan pemansuhan GST akan dikuatkuasakan serta merta pada 1 Jun 2018.



Antara kandungan di dalam surat itu ialah semua perniagaan perlu mengemaskini sistem POS dan perakaunan masing-masing dan tidak lagi mengenakan GST pada tarikh tersebut. Tempoh 2 minggu untuk mengemaskini sistem dikatakan munasabah untuk dilaksanakan peniaga.

PALSU : SIARAN MEDIA

Pemansuhan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan Bermula 1 Jun 2018.

Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Sunday, 13 May 2018

Sebelum melompat gembira atau marah, cuba semak dahulu dari mana sumber berita ini didapati. Ini kerana di Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, mereka telah menafikan surat tersebut dan mengatakan ia adalah palsu. Belum ada sebarang kata putus tentang mekanisme pemansuhan GST dari kerajaan lagi.



Ini bermakna, sesiapa yang menyebarkan berita palsu atau fake news ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar. yang baru sahaja diwartakan bulan lepas.

Adakah anda salah seorang yang laju je menekan forward untuk menyebarkan berita palsu ini? Jika ya, bersiap sedialah menantikan kedatangan polis di muka pintu. Ingat, semak dahulu sebelum sebar.

[Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia]

Tags: Akta Antiberita Tidak BenarFake News
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Pemansuhan GST pada 1 Jun adalah palsu

Pemansuhan GST pada 1 Jun adalah palsu

14 May 2018
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER