• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Amalan ambil komisen 30% Apple dan Google digugat oleh Korea Selatan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:31 pm
  • 02/09/2021
  • Komen
Amalan ambil komisen 30% Apple dan Google digugat oleh Korea Selatan
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap RM1 produk digital yang anda beli menggunakan tunai melalui Apple AppStore dan Google PlayStore, RM0.30 akan ditelan oleh kedua-dua entiti itu sehinggakan dalam tahun 2020 sahaja, USD111 billion dalam bentuk komisen diperoleh mereka.

Amalan mengambil komisen 30% itu mungkin akan menjadi goyah selepas kerajaan Korea Selatan telah meluluskan undang-undang untuk membenarkan pembangun aplikasi dalam negara itu tidak menggunakan sistem pembayaran proprietari Google dan Apple untuk menjual barangan digital mereka.



Sungguhpun Apple dan Google, dalam beberapa keadaan, ada menurunkan kadar komisen kepada 15% untuk pembangun tertentu, ada kalangan pembangun yang masih rasakan ia sesuatu membebankan.

Di pihak pembangun platform pula, Apple memaklumkan yang sebarang penggunaan medium pembayaran pihak ketiga untuk transaksi dalam talian akan meningkatkan risiko penipuan dan menjadikan kerja perlindungan privasi menjadi sukar.



Google pula mengatakan yang komisen ini mengekalkan telefon Android pada harga mampu milik dan memberikan peluang kepada pembangun untuk mengakses pengguna seantero dunia.

Korea Selatan bukanlah satu-satunya pihak yang cuba menggugat sistem ini. Pembangun permainan Fortnite sendiri, Epic, melawan sehingga permainan itu ditendang keluar daripada platform Apple dan Google akibat keengganannya menggunakan sistem pembayaran yang ditetapkan penyedia platform.

Fortnite ditendang keluar daripada Apple App Store dan Google Play Store, ini reaksi Epic

Sumber: CNBC, QZ

Tags: appleApple AppstoreGoogleGoogle Playstore
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Amalan ambil komisen 30% Apple dan Google digugat oleh Korea Selatan

Amalan ambil komisen 30% Apple dan Google digugat oleh Korea Selatan

2 September 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN