• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mahu derma peranti untuk #MYBaikHati? Digi boleh datang ambil di rumah

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 07/09/2021
  • Komen
Mahu derma peranti untuk #MYBaikHati? Digi boleh datang ambil di rumah
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah melancarkan program #MYBaikhati awal tahun ini, satu inisiatif untuk mengumpul telefon pintar, tablet dan komputer riba terpakai daripada orang ramai, untuk diagihkan semula kepada keluarga B40 bagi keperluan pembelajaran dalam talian. Kempen ini digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama-sama syarikat telekomunikasi dan Digi merupakan salah satu yang menyertainya.

Bagi memudahkan lagi kutipan dibuat, Digi kini menawarkan perkhidmatan kutipan peranti di seluruh Semenanjung Malaysia. Ini untuk memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyumbangkan peranti yang tidak lagi digunakan kepada pelajar yang memerlukannya.



Cara untuk menyumbang dengan Digi

Orang ramai yang memiliki peranti terpakai dan mahu menderma dengan mudah dan selamat, boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Digi. Caranya dengan melayari laman web MyBaikHati Digi untuk mendaftar. Isi maklumat peribadi anda dan muat naik gambar peranti.

Kemudian, kakitangan Digi akan menghubungi penderma dalam tempoh seminggu untuk mengaturkan pengambilan. Selepas itu, peranti tersebut akan dinilai, diperbaharui dan seterusnya diedarkan kepada pelajar B40 yang layak.



Selain memanggil Digi datang, penderma di Lembah Klang juga boleh menyerahkan peranti dengan datang sendiri ke Digi Store Klang atau Digi Store Cheras.

Peranti apa yang boleh didermakan?

Peranti yang boleh didermakan adalah telefon pintar dan tablet berteknologi 4G/5G, dan juga komputer riba serta Chromebook dengan sistem operasi Windows 8 dan ke atas. Peranti tersebut mestilah masih berfungsi, tidak mempunyai kerosakan yang besar dan lebih baik jika disertakan sekali dengan pengecas.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #MYBaikHati, layari www.digi.com.my/yellow-heart/MyBaikHati.

Tawaran lain Digi

Bagi menyokong keperluan pembelajaran dalam talian pada masa ini, Digi turut menyediakan pelbagai tawaran antaranya:

  • Subsidi Jaringan PRIHATIN dengan rebat RM180 untuk pelan prabayar dan pascabayar atau subsidi peranti RM300.
  • Pakej Data Khas Belia yang dilengkapi internet berkelajuan tinggi 15GB dengan hanya RM20 sebulan, boleh didapati hingga 31 Oktober 2021.
  • Gemilang Deals dengan lebih tawaran yang berpatutan untuk memiliki telefon pintar daripada harga serendah RM1.
Tags: digimybaikhati
Najib

Najib

POPULAR

Mahu derma peranti untuk #MYBaikHati? Digi boleh datang ambil di rumah

Mahu derma peranti untuk #MYBaikHati? Digi boleh datang ambil di rumah

7 September 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN