Fotografi analog masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tapi kali ini, Fujifilm menyalutkannya dengan modenisasi untuk seiring dengan arus semasa. Barisan siri Fujifilm Instax adalah produk kamera analog untuk mengisi pasaran ini dan terbaru adalah Instax SQUARE SQ6 khas untuk jurugambar on-the-spot.
Bahagian depan nampak macam logo Instagram
Sekilas pandang, SQ6 pada pandangan depan kelihatan seperti ikon Instagram. Badannya lebih bersegi berbanding kamera Instax lain yang lebih melengkung.
Bahagian belakang yang minimalistik
Sebahagian besar badannya diperbuat daripada plastik dan amat ringan untuk dipegang. Ia beroperasi menggunakan sebuah bateri untuk menguasakan flash serta motor penolak filem.
7 mode untuk menangkap gambar
Terdapat pintu belakang pada bahagian belakang kamera ini yang menjadi tempat memasukkan kotak filem yang dijual secara berasingan. SQ6 menggunakan filem petak dan hadir dalam 2 warna bingkai iaitu hitam dan putih.
Instax SQUARE SQ6 amat mudah digunakan. Ada beberapa mode shooting yang boleh digunakan bergantung pada senario. Antaranya adalah:
- Auto Mode akan menyukat jumlah cahaya dan sistem menetapkan kekuatan flash dan kepantasan shutter.
- Selfie Mode akan mencari tetapan optimum untuk memfokuskan pada muka.
- Exposure Adjustment memberikan keupayaan mengawal kecerahan gambar.
- Macro Mode digunakan untuk mengambil gambar subjek jarak dekat sekurang-kurangnya 30cm.
- Landscape Mode boleh diaktifkan apabila mengambil gambar panorama.
- Double Exposure Mode akan menindihkan dua dedahan pada satu filem.
- Flash Off boleh digunakan jika anda tidak mahu cahaya flash menganggu cahaya semula jadi di persekitaran tempat anda mengambil gambar.
Filem baru INSTAX SQUARE dengan bingkia hitam
Bersama-sama kamera itu, anda akan menerima tiga penuras cahaya berwarna untuk memberikan lebih banyak potensi penghasilan gambar kreatif kepada anda.
Fujifilm INSTAX SQUARE SQ6 dijual pada harga pada harga RM598 dan setiap pembelian akan menerima beberapa hadiah seperti casing, 2 kotak filem, dan bateri boleh cas semula CR2. Anda boleh mendapatkannya dalam tiga warna iaitu Pearl White, Brush Gold, dan Graphite Gray.