• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spesifikasi penuh tablet pertama Realme telah diketahui, yang tinggal hanya harga

  • OLEH Najib
  • 2:20 pm
  • 08/09/2021
  • Komen
Spesifikasi penuh tablet pertama Realme telah diketahui, yang tinggal hanya harga
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah menetapkan tarikh 9 September untuk melancarkan tablet pertama mereka di India, dikenali sebagai Realme Pad. Sudah banyak maklumat dikongsi oleh Realme mengenai tablet ini, dan ia juga telah diperlihatkan kepada umum sepenuhnya.

Apa yang tinggal, hanyalah harga dan varian.



Dalam media sosial, Realme kuat mempromosikan tablet pertama mereka sebagai tablet ultra nipis. Dengan ketebalan hanya 6.9mm, Realme membandingkannya dengan tablet pesaing, Apple iPad yang setebal 7.5mmm.

Tablet Realme Pad ini boleh dikatakan memiliki kuasa kelas pertengahan, kerana ia menggunakan cip Mediatek Helio G80. RAM dan storannya masih belum diketahui, dijangka datang dalam beberapa pilihan apabila dijual nanti.



Bateri di dalamnya berkapasiti 7,100mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Dari gambar yang dikongsi, dapat dilihat port USB-C terletak di bawah tablet. Terdapat dua jeriji besi mengapit port USB-C, dipercayai adalah pembesar suara.

Ada satu lubang misteri di sudut kiri tablet. Agak aneh jika dikatakan ia adalah jek audio 3.5mm kerana terletak terlalu hujung. Untuk lubang ini, ada yang mengatakan ia mungkin slot untuk menyimpan pen stailus.

Untuk paparan, Realme Pad dilengkapi skrin LCD sebesar 10.4-inci dengan resolusi lebih tinggi daripada HD Penuh, iaitu WUXGA+ 2000×1200. Nisbah badan ke skrin pula hanya 82.5%, kelihatan bingkai yang agak tebal di tepi skrin.

Kamera pula, dapat dilihat ada satu di belakang dan dipercayai satu di hadapan. Kamera hadapan terletak di dalam bingkai yang tebal, jadi skrin dapat disaksikan penuh tanpa takuk dan lubang.

Warna Realme pad yang telah dipertunjukkan kepada umum ada dua, emas dan perak. Sekurang-kurangnya dua warna ini akan disediakan sebagai pilihan untuk pembeli.

Satu lagi yang menjadi persoalan, adakah Realme akan menyediakan slot kad sim agar ia boleh menggunakan internet mudah alih, atau datang dalam model WiFi sahaja. Kita akan mengetahui lebih banyak mengenainya selepas ia dilancarkan pada 9 September.

[Sumber: GSMarena]

Tags: RealmeRealme Pad
Najib

Najib

POPULAR

Spesifikasi penuh tablet pertama Realme telah diketahui, yang tinggal hanya harga

Spesifikasi penuh tablet pertama Realme telah diketahui, yang tinggal hanya harga

8 September 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN