• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp bangunkan fungsi ‘Last Seen’ yang hanya boleh dilihat kenalan tertentu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:01 pm
  • 09/09/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi pemesejan WhatsApp nampaknya akan memberikan fungsi privasi baru kepada pengguna. Mereka kini sedang membangunkan kebolehan menyembunyikan ciri Last Seen kepada kenalan tertentu sahaja, bukan kepada semua kenalan.

Last Seen ini dipaparkan pada bahagian atas perbualan, di bawah nama kenalan. Ia akan menunjukkan waktu terakhir individu tersebut menggunakan WhatsApp dan jika mereka sedang dalam talian (online).



Buat masa sekarang, pengguna WhatsApp hanya mempunyai 3 pilihan privasi sahaja untuk menunjukkan Last Seen. Ia boleh dibuka kepada semua, kenalan sahaja atau tiada sesiapa yang boleh melihatnya. Namun, WhatsApp kini sedang bangunkan pilihan keempat, ia dikenali sebagai My Contacts Except (kenalan saya kecuali).

Dengannya, anda boleh tetapkan untuk menyembunyikan status last seen dari kenalan tertentu, tetapi kenalan lain masih dapat melihat maklumat last seen anda. Tetapi apabila anda aktifkan pilihan ini, anda juga tidak dapat melihat status last seen kenalan spesifik anda itu.



Selain itu, WhatsApp juga akan sediakan tetapan privasi ini untuk ciri gambar profil, keterangan about dan maklumat lain. Tidak diketahui lagi bila ciri ini akan tersedia untuk semua, tetapi mungkin ia akan memakan masa lama kerana pengguna WhatsApp Beta juga masih belum mempunyai akses menggunakan ciri baru ini.

Dapat dibayangkan, melalui ciri ini, pengguna dapat melindungi maklumat WhatsApp daripada diketahui oleh kenalan yang dirasakan tidak penting. Mereka juga boleh pilih untuk benarkan individu terdekat contohnya ahli keluarga dan rakan sahaja untuk melihat maklumat privasi ini.

[Sumber: The Star, 9TO5Mac, WBI]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025

WhatsApp bangunkan fungsi ‘Last Seen’ yang hanya boleh dilihat kenalan tertentu

9 September 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER