• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cermin mata pintar Ray-ban cantik dan praktikal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:44 pm
  • 10/09/2021
  • Komen
Cermin mata pintar Ray-ban cantik dan praktikal
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook mengumumkan Ray-ban Stories, aksesori mata hasil kerjasama mereka dengan pengeluar terkemuka dunia EssilorLuxottica, empunya jenama Ray-ban.

Ray-ban Stories menggunakan bingkai ikonik Wayfarer, Wayfarer Large, Round, dan Meteor untuk dipilih, tapi dengan suntikan teknologi tinggi di dalamnya. Daripada depan, ia nampak seperti kaca mata biasa sahaja.



Namun di penjuru atas bingkai ada sepasang kamera, satu kamera 5MP dan satu lagi kamera untuk menentukan kedalaman medan. Reka bentuknya lebih konvensional berbanding Google Glass dan juga Snapchat Glass. Jadi, pemakai tidak akan berasa janggal sewaktu menggayakannya.

Daripada sudut teknologi, kamera 5MP ini berfungsi untuk merakam video 30 saat yang kemudiannya boleh dimuat naik terus ke platform social kelolaan Facebook melalui aplikasi Facebook View (Android, iOS). Selain video, ia juga boleh tangkap gambar untuk disimpan di dalam storan 4GB yang terbina.



Sepasang speaker melengkapi di kedua belah sisi cermin mata dan bersama-sama dengan kehadiram mikrofon, anda boleh jawab panggilan telefon menggunakannya.

Kalau anda berminat untuk dapatkannya, ia masih belum ada dalam pasaran Malaysia. Harganya di pasaran terpilih adalah bermula USD299 (RM1,234) bergantung pada jenis kaca. Paling mahal ialah USD379 (RM1,565) untuk yang jenis transition.

Sumber: Facebook

Tags: ray-banray-ban storiesraybanrayban stories
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Cermin mata pintar Ray-ban cantik dan praktikal

Cermin mata pintar Ray-ban cantik dan praktikal

10 September 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN