• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satin Gloss dua warna baru untuk Galaxy S9 dan S9+

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 16/05/2018
  • Komen
Satin Gloss dua warna baru untuk Galaxy S9 dan S9+
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda salah seorang yang tidak jadi membeli telefon pintar Samsung Galaxy S9 yang baru, kerana tiada warna emas? Jangan risau kerana hari ini Samsung baru sahaja mengumumkan dua warna baru untuk telefon pintar terbaik mereka itu, Sunrise Gold dan Burgundy Red.

Dua warna baru ini menyertai tiga warna sedia ada yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S9 dan S9+ iaitu Midnight Black, Coral Blue, dan Lilac Purple. Warna yang baru ini juga dikatakan bukan warna sebarangan.



Warna Sunrise Gold menampilkan kemasan ala Satin Gloss, warna yang kelihatan lembut dan memberikan ketenangan. Manakala warna Burgundy Red adalah salah satu warna merah paling dalam, juga dalam kemasan Satin Gloss yang memberikan ia rupa premium.

Samsung memaklumkan akan mula menjual Galaxy S9 dan S9+ berwarna Burgundy Red di Korea Selatan dan China bermula bulan Mei ini. Manakala warna Sunrise GOld akan mula dijual pada bulan Jun di Australia, Chile, Jerman, Hong Kong, Korea Selatan, Mexico, Rusia, Sepanyol, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam. Pasaran lain termasuk Malaysia akan menerimanya kemudian.



Nampak gayanya, tak sempat juga nak dapatkan warna baru Samsung Galaxy S9 ini untuk hari raya nanti. Kalau untuk Hari Raya Haji mungkin sempat.

Tags: Burgundy RedGalaxy S9Galaxy S9 Burgundy RedGalaxy S9 Sunrise GoldsamsungSamsung Galaxy S9Sunrise Gold
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Satin Gloss dua warna baru untuk Galaxy S9 dan S9+

Satin Gloss dua warna baru untuk Galaxy S9 dan S9+

16 May 2018
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN