• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menangi hadiah bernilai RM1,800 dengan membina Lego Super Mario

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:16 pm
  • 17/09/2021
  • Komen
Menangi hadiah bernilai RM1,800 dengan membina Lego Super Mario
Share on FacebookShare on Twitter

Lego mengadakan pertandingan maya, Lego Super Mario Championship di Malaysia. Pertandingan ini memerlukan peserta menggunakan set permainan Lego Super Mario dan Luigi. Ia akan berlangsung dari 17 September sehingga 17 Oktober 2021.

Untuk menyertainya, anda boleh ikut cara di bawah:



  1. Bina tahap permainan Lego Super Mario dengan kreatif. Pembina mestilah berumur antara 5 hingga 13 tahun tahun.
  2. Rakam video bermain di set permainan itu menggunakan Lego Mario atau Luigi, dengan tempoh panjang video maksimum 30 saat.
  3. Video mestilah merangkumi gambaran keseluruhan tahap permainan yang direka itu.
  4. Kemudian muat naik video di sini.
  5. Hantarkan juga gambar jumlah syiling yang diperoleh

Peserta akan dinilai melalui kreativiti reka bentuk tahap Lego Super Mario, jumlah duit syiling yang diperoleh apabila bermain di tahap yang direka dan semangat yang ditunjukkan di dalam video. 3 pemenang terpilih akan memenangi hadiah seperti berikut:

1. Pemenang pertama – Set Lego Super Mario dengan harga runcit berjumlah RM1809.20. Ia mengandungi set:
a. Adventures with Luigi Starter Course
b. Set Boss Sumo Bro Topple Tower Expansion
c. Set Lakitu Sky World Expansion
d. Set Reznor Knockdown Expansion
e. Set Bowser’s Airship Expansion
f. Frog Mario Power-Up Pack
g. Bee Mario Power-Up Pack
h. Set Master Your Adventure Maker



2. Pemenang kedua – Set Lego Super Mario dengan harga runcit berjumlah RM969.50. Ia mengandungi set:

a. Adventures with Luigi Starter Course
b. Set Boss Sumo Bro Topple Tower Expansion
c. Set Lakitu Sky World Expansion
d. Set Reznor Knockdown Expansion
e. Frog Mario Power-Up Pack

3. Pemenang ketiga – Set Lego Super Mario dengan harga runcit berjumlah RM639.60. Ia mengandungi set:

a. Adventures with Luigi Starter Course
b. Set Boss Sumo Bro Topple Tower Expansion
c. Set Lakitu Sky World Expansion
d. Frog Mario Power-Up Pack

Semua video yang dihantar akan dinilai oleh para juri, seperti Profesional Bertauliah Lego, Nicholas Foo, yang juga diiktiraf sebagai salah seorang pelukis Lego terkemuka di dunia. Pereka Lego, iaitu Benjamin Ma dan Amy Bennet serta Pengurus Jenama kumpulan Lego, Stine Bagge.

Melalui pertandingan ini, kanak-kanak boleh menunjukkan kreativiti mereka, dengan memperlihatkan binaan unik yang direka sendiri untuk tahap permainan Mario.

Tags: lego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Menangi hadiah bernilai RM1,800 dengan membina Lego Super Mario

Menangi hadiah bernilai RM1,800 dengan membina Lego Super Mario

17 September 2021
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN