• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 11 Lite 5G NE pilihan terbaru untuk peminat telefon pintar nipis

  • OLEH Najib
  • 11:32 pm
  • 23/09/2021
  • Komen
Xiaomi 11 Lite 5G NE pilihan terbaru untuk peminat telefon pintar nipis
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi juga memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru ke Malaysia, dikatakan telefon pintar 5G Xiaomi paling nipis. Dengan warna-warni yang menarik, Xiaomi 11 Lite 5G NE akan dijual di Malaysia mulai 24 September 2021.

Terdapat empat warna segar dan bertenaga disediakan untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE iaitu hitam, biru, merah jambu dan putih. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



Xiaomi 11 Lite 5G NE
RAM 6GB + Storan 128GB: RM1,199
RAM 8GB + Storan 128GB: RM1,399
RAM 8GB + Storan 256GB: RM1,599

Promosi Jualan Hari Pertama

Xiaomi memberikan beberapa jenis hadiah percuma untuk pembeli terawal Xiaomi 11 Lite 5G NE. Semua model akan menerima 1 kali gantian keretakan skrin pada 6 bulan pertama. Bagi varian RAM 8GB dan storan 128GB, 5,000 pembeli pertama akan mendapat fon telinga Mi True Wireless 2 Basic percuma.

Bagi varian RAM 8GB dan storan 256GB pula, hadiah percuma diberikan berupa Mi Watch Lite untuk 2,000 pembeli terawal dan fon telinga Mi True Wireless 2 Basic bagi 5,000 pembeli selepasnya. Bermakna, 7,000 pembeli terawal berpeluang mendapat hadiah percuma ini.



Spesifikasi

Kempen utama Xiaomi untuk telefon ini adalah badannya yang nipis, hanya 6.81mm tebal dengan berat 158g. Ia memiliki skrin AMOLED 90hz 6.55-inci dengan sokongan Dolby Vision dan HDR10+ tetapi pengimbas capjari tiada dalam skrin, sebaliknya terletak di sisi bersama butang kuasa. Kaca di luarnya adalah Corning Gorilla Glass 5.

Prestasi tinggi dan modem 5G disumbang oleh pemproses Snapdragon 778G, bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2. Badan nipis ini memuatkan bateri 4,250mAh di dalamnya dan menyokong pengecasan pantas 33W bersama kepala pengecas di dalam kotak.

Kameranya ada 3 di belakang, menggandingkan kamera utama 64MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera telemakro 5MP F2.4. Kamera hadapannya pula 20MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Telefon ini memiliki pembesar suara stereo, tetapi tiada lubang jek audio 3.5mm. Tetapi pengguna boleh mencucuk adaptor USB-C ke 3.5mm yang diberikan di dalam kotak jika perlu.

Tags: xiaomiXiaomi 11 Lite 5G NE
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Xiaomi 11 Lite 5G NE pilihan terbaru untuk peminat telefon pintar nipis

Xiaomi 11 Lite 5G NE pilihan terbaru untuk peminat telefon pintar nipis

23 September 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER