• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Segera kemaskini iPhone dan iPad lama ke iOS 12.5.5, ada baikpulih keselamatan penting

  • OLEH Najib
  • 11:11 am
  • 27/09/2021
  • Komen
Pengguna iPhone 5S, 6 & 6 Plus perlu muat turun kemaskini iOS 12 dengan segera
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah melepaskan kemaskini sistem operasi iOS 12.5.5 untuk peranti lama iPhone dan iPad yang tidak boleh memasang iOS 15. Ia dilaporkan memiliki baikpulih dan naik taraf untuk sistem keselamatan dan pengguna dinasihatkan untuk memasangnya dengan segera.

Untuk mengemaskini peranti anda kepada iOS 12.5.5, ia boleh dilakukan dengan pergi ke bahagian “Settings > General > Software Update“. Model yang dilaporkan terlibat dalam kemaskini ini adalah iPhone 5S, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air, iPad mini 2, iPad mini 3, dan iPod touch gen-6. Sebelum ini, Apple telah melepaskan kemaskini iOS 12.5.4 untuk baikpulih keselamatan berkaitan kerentanan pada WebKit.



Dalam nota keselamatan Apple, iOS 12.5.5 menyediakan penyelesaian keselamatan untuk kerentanan berkaitan CoreGraphics, WebKit dan XNU. Apple menyatakan bahawa mereka ada menerima laporan berkenaan salahguna meluas berkaitannya dan meminta pengguna memasang kemaskini ini dengan segera.

Dalan laporan Bleeping Computer, sekurang-kurangnya satu pepijat digunakan di dalam kerentanan ini untuk menggodam peranti pengguna menggunakan perisian intip NSO, Pegasus. Pegasus adalah perisian intip bertaraf ketenteraan, dilesenkan oleh syarikat Israel kepada kerajaan untuk menjejak pengganas dan penjenayah. Bagaimanapun, ia telah digunakan untuk menceroboh 37 peranti milik wartawan, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan, dan individu yang rapat dengan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi.



[Sumber: MacRumors]

Tags: appleApple iOSiOSios 12ipadiphone
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna iPhone 5S, 6 & 6 Plus perlu muat turun kemaskini iOS 12 dengan segera

Segera kemaskini iPhone dan iPad lama ke iOS 12.5.5, ada baikpulih keselamatan penting

27 September 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN