WeLoop adalah satu jenama yang menghasilkan pelbagai peranti boleh pakai yang mampu dimiliki. Antara produk mereka yang terdapat di Malaysia adalah seperti jam pintar Hey 3S dan XH3.
Dengan kerjasama Olike Malaysia, hari ini mereka melancarkan satu lagi produk baru dalam bentuk gelang kecergasan iaitu Neo Pro Fitness. Dengan rekaan yang kecil, ia memiliki pelbagai fungsi hebat untuk pemantauan kesihatan serta aktiviti kecergasan.
Neo menawarkan banyak peningkatan berbanding WeLoop Now 2 yang dilancarkan tahun lepas. Neo menggunakan skrin sentuh berwarna dengan fungsi GPS terbina, mod sukan, mod kekuatan, pemantau degupan jantung, daya tahan bateri sehingga 15 hari, pengecasan terus ke USB serta kalis air sehingga 30 meter.
Semua data di dalam Neo boleh dihubungkan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi mudah alih Weloop, yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Dari aplikasi ini, pengguna boleh melihat pelbagai data menerusi carta, graf dan insight. Malah data ini boleh dikongsi bersama rakan dan keluarga, untuk bertanding atau menjadi inspirasi.
Olike menawarkan WeLoop Neo Pro Fitness ini pada harga hanya RM399 sahaja di Malaysia, bersama jaminan selama 1 tahun serta penggantian produk 1-ke-1. Ia akan dijual di Malaysia bermula 19 Mei 2018, dan boleh didapati dari Stor Konsep Olike, Stor Konsep OPPO, serta di stor online OPPO di Lazada, 11street dan Shopee.