• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma

  • OLEH Najib
  • 2:16 pm
  • 04/10/2021
  • Komen
Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing, sebuah syarikat baru yang ditubuhkan oleh bekas pengasas OnePlus, Carl Pei telah melancarkan produk pertama mereka, fon telinga TWS Ear (1) pada bulan Julai lepas. Nampaknya ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Nothing Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk membawakan produk mereka kepada peminat di Malaysia dalam masa terdekat. Langkah pertama mereka adalah dengan membuka stor rasmi Nothing di Shopee.



Sempena pembukaan stor ini, Nothing Malaysia kini menjalankan kempen untuk menambah pengikut di Shopee. Dalam kempen ini, Nothing menawarkan fon telinga mereka, Ear (1) sebagai hadiah utama.

Pada tahap pertama iaitu mencapai 1,000 pengikut, Nothing akan memberikan 50 hadiah berupa baucar stor RM50 dan 50 Shopee Coin. Pada tahap kedua pula apabila mencecah 2,000 pengikut, sebanyak 20 hadiah akan diberikan iaitu baucar stor RM100 dan 100 Shopee Coin.



Hadiah tertinggi iaitu 1 unit Nothing Ear (1), akan diberikan apabila stor Nothing dapat mengumpul sebanyak 3,000 pengikut. Pemenang akan dipilih secara rawak daripada senarai pengikut stor Nothing di Shopee.

Spesifikasi Nothing Ear (1)

Buat masa ini, harga rasmi Nothing Ear (1) di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi di Amerika Syarikat, ia dijual pada harga USD99 (~RM413) sahaja. Tarikan utama fon telinga ini adalah rupa telus cahaya.

Nothing merekacipta fon telinga Ear (1) dengan badan yang kebanyakannya telus cahaya. Malah, bekas penyimpan berbentuk empat seginya juga telus cahaya. Bekas ini boleh menjadi tempat pengecas bagi fon telinga, dan ia sendiri boleh dicas menerusi port USB-C dan secara Qi wayarles.

Fon telinga Nothing Ear (1) menyokong teknologi penyaring hingar aktif (ANC), serta mod Transparency, iaitu mendengar bunyi persekitaran tanpa mencabut fon telinga. Baterinya memberi masa penggunaan sehingga 4 jam bersama ANC aktif dan 5.7 dengan ANC dimatikan. Bersama bekas pengecas, ia boleh membekal tenaga sehingga 24 jam penggunaan dengan ANC aktif, atau sehingga 34 jam penggunaan dengan ANC dimatikan.

Teknologi Bluetooth 5.2 disokong oleh Nothing Ear (1) dan ia boleh dihubungkan dengan peranti Android dan iOS. Ia juga diiktiraf IPX4 iaitu kalis percikan air.

Tags: NothingNothing Ear 1
Najib

Najib

POPULAR

Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma

Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma

4 October 2021
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER