• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Go 3: Dah nak masuk 2022 masih guna eMMC?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:09 pm
  • 06/10/2021
  • Komen
Surface Go 3: Dah nak masuk 2022 masih guna eMMC?
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft telah mengemas kini penawaran laptop 2-dalam-1 Surface Go 3 mereka untuk pasaran Malaysia. Ada tiga varian Surface Go 3 ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Harga mereka adalah seperti berikut:

  • CPU Intel Pentium Gold, RAM 4GB, storan 64GB eMMC – RM1,888
  • CPU Intel Pentium Gold, RAM 8GB, storan 128GB SSD – RM2,588
  • CPU Intel Core-i3 10th Gen, RAM 8GB, storan 128GB SSD – RM2,988

Ada satu lagi produk menarik yang boleh anda padankan dengan Surface Go 3. Microsoft Ocean Plastic Mouse dijual pada harga RM119. Menariknya tentang produk ini adalah ia sebahagian bahan mentah dalam penghasilannya diambil daripada plastik kitar semula yang dikumpulkan dari laut lepas.



Spesifikasi Microsoft Surface Go 3

Melihatkan pada varian RM1,888 dengan RAM 4GB dan 64GB eMMC, saya tak pastilah siapa yang akan pertimbangkan varian ini berbanding iPad yang ada pengalaman guna saya pasti lebih baik ditambah pula dengan hayat bateri lebih panjang.

Dua varian yang lebih mahal saya rasakan masuk akal untuk digunakan sebagai daily driver.



Untuk paparan, Surface Go 3 masih mengekalkan paparan 10.5” beresolusi FHD dalam nisbah paparan 3:2. Untuk menyambungkan aksesori, Microsoft memberikan 1 USB-C, 1 jek audio 3.5mm, dan slot microSD.

Ada dua kamera boleh anda gunakan, satu kamera 8MP di bahagian belakang dan satu lagi 5MP untuk bersidang video. Kedua-duanya memuntahkan gambar pada resolusi 1080p.

Selain menggunakan sentuhan, input juga boleh diberikan melalui stailus Surface Pen, tapi ia dijual secara berasingan dan harganya adalah sekitar RM280.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Microsoftmicrosoft surface go 3surface go 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Surface Go 3: Dah nak masuk 2022 masih guna eMMC?

Surface Go 3: Dah nak masuk 2022 masih guna eMMC?

6 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER